HomeIsu tempatanMayat nelayan ditemukan dalam perut buaya

Mayat nelayan ditemukan dalam perut buaya

Read Time:57 Second

TAWAU: Seorang nelayan yang dilaporkan dibaham buaya pada Rabu lalu di sungai Kampung Mas Mas Nasib Kita di sini, mayatnya ditemukan dalam perut seekor buaya pada pagi Ahad (23 Julai).

Pada 19 Julai lalu, mangsa Addi Bangsa, 60, dilaporkan dibaham buaya semasa turun ke bot di sungai Kampung Mas Mas Nasib Kita, Tawau pada jam 4 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Tawau TPgB Jemishin Ujin berkata, pada hari ke-4 operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan, pasukan dari Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah telah menemui seekor buaya jantan seberat 800 kilogram, lebih 4 meter panjang pada jam 3 pagi tadi yang dipercayai telah membaham mangsa dan pasukan JHL bertindak menembak buaya tersebut.

“Seterusnya pada jam 9 pagi, pasukan JHL membelah perut buaya mendapati benar terdapat mangsa di dalam perut buaya tersebut.

“Terdapat semua bahagian anggota badan mangsa yang sudah terpisah-pisah di dalam perut buaya tersebut,” kata Jemishin ketika dihubungi pemberita hari ini.

Jemishin berkata, selepas pengecaman identiti mangsa oleh ahli keluarga di Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB), mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.00 pagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular