HomeUtama250 Anggota Penyelamat Misi Bantuan Malaysia Ke Turkiye Terima pingat

250 Anggota Penyelamat Misi Bantuan Malaysia Ke Turkiye Terima pingat

Read Time:1 Minute, 42 Second

PUTRAJAYA: Seramai 250 anggota anggota penyelamat yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan dan bencana di Turkiye menerima penganugerahan pingat khas, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Penganugerahan ’Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana’ sebagai menghargai jasa, bakti serta pengorbanan anggota-anggota penyelamat terlibat.

“Pemberian pingat ini merupakan satu pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan susulan daripada pengumuman Perdana Menteri di Parlimen pada 16 Februari 2023 yang lalu bagi mengiktiraf peranan yang disumbangkan oleh wira-wira negara sewaktu berada di Turkiye,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penganugerahan Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Türkiye 2023, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Armizan ketika ditemui media memaklumkan, kerajaan bersetuju untuk menggazetkan pingat yang akan diberikan kepada anggota yang terlibat dengan misi kemanusiaan pada masa akan datang.

“Secara prinsip perkara itu sudah dipersetujui dan sekarang bahagian yang berkenaan tengah memuktamadkan prosesnya dan sekiranya selesai ia akan menjadi satu pingat persekutuan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada anggota kerajaan kita khususnya uniform polis sama ada ATM, PDRM, NADMA, SMART, BOMBA dan sebagainya yang akan terlibat dengan mana-mana misi kemanusiaan mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

“Dari segi garis masa itu saya tidak pasti tetapi persetujuan telah kita adakan cuma kita tidak mahu menanti proses itu, justeru Perdana Menteri mengarahkan saya untuk memberikan dahulu pingat itu kepada yang terlibat dalam misi di Turkiye,” katanya.

Beliau berkata, syor itu dibincang bersama bahagian isitiadat dan NADMA.

Selain itu, Armizan berkata terdapat juga syor agar pingat itu diberikan kepda Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut terlibat dengan misi kemanusiaan.

“…itu yang tengah kita perincikan syor itu…secara prinsipnya pingat itu dinaiktaraf dari segi statusnya…ada juga syor-syor lain antaranya pengiktirafan kepada NGO yang terlibat dan perkara itu sedang diteliti,” katanya.

250 anggota yang menerima pingat itu terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di bawah NADMA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular