HomeUtamaPenyertaan Pertandingan Video Pendek integriti di bawah JKM dibuka

Penyertaan Pertandingan Video Pendek integriti di bawah JKM dibuka

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Semua jabatan dan agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan di negeri ini dipelawa menyertai Pertandingan Video Pendek yang bertemakan ‘Integriti di Hati’.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata, pertandingan itu diadakan bersempena dengan Minggu Integriti di bawah JKM bagi tahun ini.

Katanya, Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) yang menjadi urus setia pertandingan kini membuka penyertaan dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 21 Ogos ini pada jam 4 petang.

“Pertyandingan ini adalah bagi menggalakkan semua agensi terlibat untuk menyerlahkan lagi kreativiti dalam menyampaikan kesedaran dan pemahaman mengenai integriti melalui video pendek.

“Mesej video hendaklah jelas, mudah difahami, positif dan tidak menyentuh sensitiviti politik, agama dan bangsa.

“Selain itu, tujuan penganjuran pertandingan video pendek ini adalah untuk menyampaikan mesej bagi memantapkan dan membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam di samping memperkukuh kerjasama antara sektor awam dengan masyarakat dalam program-program pengukuhan integriti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Gulamhaidar berkata, pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5,000 untuk johan, RM3,500 untuk naib johan dan RM2,000 untuk pemenang tempat ketiga berserta e-sijil penghargaan.

Dalam pada itu, Gulamhaidar juga menyatakan, pihak penganjur akan menggunakan semula atau menayangkan semula video yang dipertandingkan dalam laman web, pameran dan mana-mana saluran media.

“Semua agensi digalakkan untuk turut serta dalam pertandingan ini bagi memperluaskan lagi usaha penyebaran mesej kesedaran integriti dalam mewujudkan persekitaran yang menghargai kebenaran, kejujuran, keadilan dan nilai-nilai berkaitan integriti dalam sesebuah agensi,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan ini bolehlah melayari laman web KYS  di http://www.yayasansabahgroup.org.my, melayari Facebook KYS-Kumpulan Yayasan Sabah dan boleh menghubungi Unit Pengukuhan dan Pemantauan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) di talian 088-326654/013-525 6576 (Puan Effah Efizah) atau 088-326384/012-802 7715 (Puan Siti Ruhaini). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular