HomeEkonomiSampai Bila Isu Bekalan Elektrik Akan Selesai Di Sabah?

Sampai Bila Isu Bekalan Elektrik Akan Selesai Di Sabah?

Read Time:2 Minute, 45 Second

Gangguan tenaga elektrik bukan lagi perkara baharu di Sabah. Sehingga kini rakyat Sabah masih menanti bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi untuk mereka. Dengan permintaan tinggi terhadap penggunaan elektrik akibat cuaca panas dan peningkatan industri, ramai yang sudah mula tertanya-tanya kepada status projek bekalan elektrik yang sedang dilakukan sekarang ini di negeri Sabah.

Salah satu projek  yang timbul dalam persoalan adalah mengenai projek bernilai RM2.3 billion di Upper Padas, Tenom. Projek empangan yang dijangka menyalurkan 180MW hidro elektrik ini telah pun memulakan kerja pada 2013 dan dijadualkan tamat kerja pada tahun 2019. Empat tahun telah berlalu, tetapi projek ini masih belum siap.

Menurut laporan daripada The Vibes, laporan akhir oleh Special Environmental Impact Assessment (SEIA) yang diterbitkan pada bulan Mei tahun lepas mendedahkan yang projek ini telah ditangguhkan kerana isu rekabentuk dan teknikal.

Pada tahun 2015, sejumlah 60% pegangan saham projek ini telah diberikan kepada Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd, manakala 20% lagi masing-masing kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Kerajaan Negeri Sabah.

Tiga tahun lepas, dilaporkan bahawa kontraktor yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja awal di empangan ini menghadapi masalah kewangan, ini antara punca mengapa projek empangan ini tertangguh. Sebagai penyelesaian, Kerajaan Pusat telah meluluskan soft loan sejumlah RM569 juta kepada SESB sebagai suntikan ekuiti dalam sebuah konsortium atau  SPV (special purpose vehicle) untuk mengambil alih projek ini.

Tahun ini (2023) sudah genap 10 tahun sejak projek ini mula dilaksanakan dan ianya masih lagi belum siap untuk membekalkan tenaga elektrik untuk rakyat Sabah. Adalah diharapkan syarikat yang baru dipertanggungjawab untuk mengambil alih projek ini mampu merealisasikan semula projek ini buat rakyat negeri Sabah.

Pada 26 Ogos 2022, di bawah Pelan Pembangunan Penjanaan Bekalan Kuasa Sabah 2022-2041, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri mencadangkan supaya projek Loji Janakuasa Kitaran Tergabung 100-megawatt (MW) dibuka untuk tender, dibina di Kimanis yang mempunyai sumber gas mencukupi dan sedia ada.

Kerajaan negeri turut menyokong permohonan New Sabah Hydro bagi cadangan pembangunan Loji Hidroelektrik 170 MW Konsep ‘Run of River’ di Sungai Maligan dan Hulu Sungai Padas, Sipitang, yang telah dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet Sabah.

Pengumuman ini dibuat selepas Jentayu Sustainables Bhd menerima surat kelulusan untuk membangunkan run-of-river power plants di dua buah sungai yang dikenali sebagai “Project Oriole”. Menerusi projek ini kapasiti elektrik yang akan dijana adalah  31MW dan 129MW. Ini juga sebahagian daripada projek tenaga diperbaharui oleh syarikat terbabit.

Dua projek run-of-river power plants ini mampu membekalkan sejumlah 16.3% keperluan bekalan elektrik di negeri Sabah. “Project Oriole yang menelan belanja 2.56 billion ini dijangka siap pada tahun 2026. Projek ini turut menyumbang kepada pengurangan pembebasan karbon secara tahunan, dianggarkan sejumlah  800,000 tan.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular