HomeIsu tempatanGotong Royong Perdana tingkat kesedaran jaga kebersihan, keselamatan Kolej Kediaman

Gotong Royong Perdana tingkat kesedaran jaga kebersihan, keselamatan Kolej Kediaman

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu: Program Gotong-Royong Perdana di peringkat Kolej Kediaman Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu meningkatkan kesedaran warganya akan kepentingan menjaga kebersihan serta meningkatkan keceriaan dan keselamatan di kolej kediaman.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, usaha ini juga mampu menyemai semangat kesukarelawanan dan cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar yang perlu dipupuk sejak awal lagi.

“Semangat sebegini menjadi batu asas kepada warganegara yang prihatin, bertanggungjawab, saling bantu membantu demi menjaga kebersihan setempat yang akan mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat.

“Justeru, tahniah diucapkan kepada Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) atas kejayaan penganjuran program ini menerusi penglibatan warga kolej kediaman walaupun para pelajar masing-masing sedang sibuk dengan persiapan dan persediaan peperiksaan,” katanya ketika merasmikan program tersebut. 

Kasim berkata, aktiviti sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan dalam kalangan staf dan pelajar, tetapi turut memberi impak positif kepada para peserta kerana selain menjadi aktiviti fizikal yang menyihatkan tubuh badan, usaha ini turut memberi pendedahan untuk lebih menghargai keindahan serta kepentingan memelihara alam sekitar.

Program tersebut melibatkan semua kolej kediaman termasuk Cawangan Sandakan dan Labuan dan disertai semua pihak pengurusan Kolej kediaman, kakitangan PNRF dan pelajar di kolej kediaman masing-masing.

Selain aktiviti gotong-royong, terdapat juga aktiviti lain yang dilaksanakan seperti sesi taklimat ringkas kesihatan awam berkaitan nyamuk Aedes oleh Dr. Muhammad Aklil Abd Rahman dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS, sesi senam robik, Mini Pameran Kawalan Penyakit Bawaan Vektor daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Covid-19 (PKTC) UMS dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). 

Aktiviti pameran yang dilaksanakan itu adalah untuk memberi kesedaran kepada warga kolej kediaman berkenaan aktiviti mencegah, mengawal dan membasmi penyakit-penyakit bawaan vektor.

Kasim turut melancarkan Menu Siswa Rahmah serendah RM3.50 pada program tersebut.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penubuhan CEDP komitmen UMS pacu penyelidikan bagi bantu pembangunan dasar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular