HomeUtamaPerancis harap kukuhkan hubungan dua hala dengan Sabah

Perancis harap kukuhkan hubungan dua hala dengan Sabah

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Perancis adalah negara Kesatuan Eropah (EU) terbaharu yang dinanti-nantikan untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala dengan Sabah.

Duta Besar Perancis ke Malaysia Axel Cruau berkata, Sabah mempunyai potensi yang sangat baik dalam industri minyak dan gas, selain pemuliharaan hutan serta sektor pelancongan untuk pelabur Perancis terokai secara mendalam.

“Kami mempunyai syarikat Perancis yang membuka Club Med Borneo tidak lama lagi, dan kami sangat teruja mengenainya,” kata Axel ketika bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Club Med Borneo adalah merupakan sebuah resort tepi pantai mempunyai 400 bilik mesra alam seluas 17 hektar di Kuala Penyu dan ia dijangka dibuka pada tahun hadapan.

Axel, yang memegang jawatan pada Februari tahun ini juga menyatakan bahawa ekonomi Sabah mempunyai potensi lagi dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Sementara itu Hajiji berkata, Sabah di bawah rancangan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), mengalu-alukan pelabur dan pelancong ke negeri ini.

“Kami ingin melihat lebih ramai pelancong Perancis datang ke Sabah. Sabah mempunyai banyak tawaran kepelbagaian bio yang kaya, terutamanya warisan dunia Gunung Kinabalu dan juga terdapat pelbagai budaya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular