HomeEkonomiSabah dijangka terima lebih banyak FDI ke SBCP

Sabah dijangka terima lebih banyak FDI ke SBCP

Read Time:1 Minute, 2 Second

Sepanggar : Sabah dijangka menerima lebih banyak pelaburan terus asing (FDI) menerusi kerjasama antara Sabah Port Sdn Bhd (Sabah Port) dan DP World dalam membangunkan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar (SBCP).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, SBCP mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dan menjadi satu katalis penting kepada pertumbuhan ekonomi dan perindustrian di negeri ini.

“Kerjasama strategik ini dijangka akan bermula pada 2024 yang pastinya akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi bagi Pelabuhan Sepanggar, kawasan Kota Kinabalu dan juga Sabah.

“Jadi saya amat mengalu-alukan dan berharap bahawa kerjasama ini akan berjaya diteruskan.  Kami juga menjangkaan akan lebih banyak FDI selepas kerjasama ini dan saya percaya dengan perkembangan ini akan lebih banyak syarikat perkapalan datang ke SBCP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke SBCP di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, cabaran utama di negeri ini khususnya dari sudut pelabuhan ialah kekurangan barangan untuk dieksport keluar dari Sabah.

“Jadi inilah inisiatif yang dilakukan oleh Sabah Port bersama rakan strategik mereka untuk memastikan pertumbuhan ekonomi.

“Terdapat banyak barang-barang industry yang dapat kita eksport keluar dan ini sudah pastinya boleh diterjemahkan kepada pembangunan industri di Sabah selaras dengan pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular