HomeIsu tempatanUMS jalin kerjasama dengan 3 universiti dari wilayah Jilin, China

UMS jalin kerjasama dengan 3 universiti dari wilayah Jilin, China

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeterai kerjasama dengan Universiti Beihua, Universiti Sains dan Teknologi Pertanian Jilin, dan Institut Teknologi Kimia Jilin, China baru-baru ini.

Pada majlis menandatangani Surat Niat (LoI) tersebut, UMS diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor manakala Universiti Sains dan Teknologi Pertanian Jilin diwakili oleh presidennya, Li Qiyu.

Sementara itu, Universiti Beihua diwakili oleh Naib Presiden, Shin Junyou dan Profesor Lifeng Cai mewakili Institut Teknologi Kimia Jilin.

Menurut Kasim, kerjasama tersebut merupakan usaha kolektif dalam memajukan pengetahuan dan menangani cabaran global yang memberi kesan kepada kita semua.

“Dengan menggabungkan kepakaran dan sumber, kita mampu menghadapi isu yang kompleks, mencipta penyelesaian yang inovatif dan memberi kesan yang bermakna kepada masyarakat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi lawatan delegasi wilayah Jilin ke UMS.

Tambah Kasim, kolaborasi ini bukan sahaja memperkayakan komuniti akademik tetapi juga menyumbang kepada kemajuan ilmu yang lebih besar pada skala global.

“Melalui pakatan yang bermakna inilah kita dapat memupuk generasi penyelidik dan pemimpin berbakat yang akan membentuk masa depan dengan semangat dan dedikasi mereka,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana memberikan UMS peluang luar biasa untuk menjadi tuan rumah kepada delegasi terhormat ini.

“Sokongan dan dorongan daripada Kerajaan Negeri Sabah yang tidak berbelah bahagi telah memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini, dan kami benar-benar terharu dengan komitmen mereka untuk mempromosikan pendidikan dan penyelidikan di rantau ini,” tambahnya.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Profesor Dr. Rosalam Sabartly, dan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular