HomeIsu tempatanTiga individu ditahan termasuk pengurus pusat hiburan

Tiga individu ditahan termasuk pengurus pusat hiburan

Read Time:1 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Tiga individu ditahan termasuk seorang pengurus pusat hiburan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sebuah pusat hiburan, di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, ketiga-tiga individu tersebut terdiri daripada dua lelaki warga asing berumur 32 dan 35 tahun ditahan kerana positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang pengurus pusat hiburan berkenaan di atas kesalahan premis beroperasi melebihi masa yang telah ditetapkan.

Katanya, ketiga- tiga individu yang ditahan dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut pihak polis.

Menurut Sammy, Op Pusat Hiburan dan Op Noda telah dijalankan pada jam 2.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi telah diketuai oleh tiga pegawai kanan dengan kekuatan 11 anggota polis.

“Sebagai rekod, Polis Penampang telah melakukan sebanyak 62 pemeriksaan pusat hiburan (Op Noda) dan 25 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2023.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi serta menasihatkan pengusaha premis-premis hiburan di daerah ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular