HomeIsu tempatanKampung Masaum berpotensi untuk dinaiktaraf

Kampung Masaum berpotensi untuk dinaiktaraf

Read Time:55 Second

Tongod : Kampung Masaum yang merupakan salah satu kawasan terletak di daerah ini mempunyai potensi besar untuk dinaik taraf sebagai sebuah pekan baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, kedudukan geografi perkampungan itu juga amat stretagik khususnya dalam pembinaan rangkaian jalan raya.

“Saya melihat kawasan ini juga sesuai untuk cadangan bagi membina jalan raya dari Masaum ke Sook terus ke Nabawan dan diharap ia menjadi kenyataan.

“Cadangan pembinaan rangkaian jalan raya ini juga telah pun dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan telah mendapat perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan pelancaran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Masaum di sini semalam.

Naib Presiden Gagasan Rakyat itu berkata, beliau mahu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua Kampung menyediakan tapak sekurang-kurangnya 100 ekar untuk cadangan membangunkan Pekan Baharu Masaum. 

Selain itu, beliau turut mengingatkan penduduk kampung berkenaan supaya mengambil langkah berhati-hati ekoran terdapat aduan wujudnya aktiviti jual beli dadah.

“Jika benar aktiviti tidak bemoral itu berlaku tindakan perlu diambil dengan menjalankan rondaan penduduk dari masa ke semasa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular