HomeUtamaDUN Sabah : Gangguan bekalan air utara KK dijangka berkurang selepas LRA...

DUN Sabah : Gangguan bekalan air utara KK dijangka berkurang selepas LRA Telibong II Fasa II siap

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu : Masalah gangguan bekalan air yang sering kali berlaku di negeri ini khususnya di kawasan utara Kota Kinabalu dijangka berkurangan apabila projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II siap sepenuhnya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia termasuklah pemasangan paip-paip baru ke kawasan terlibat untuk penyelesaian sepenuhnya.

Katanya, masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh kadar permintaan air terawat semasa di kawasan terlibat adalah sebanyak 221 Juta Liter Sehari (JLH) yang telah melebihi kapasiti rekabentuk sedia ada iaitu sebanyak 171 JLH.

Menurutnya, kekurangan bekalan ke kawasan berkenaan adalah sebanyak 50 JLH ataupun 29.2 peratus.

“Projek yang dalam fasa pembinaan dan dalam proses penyiapan iaitu pembinaan projek naiktaraf LRA Telibong II Fasa II yang dijangkakan akan siap pada awal September ini akan dapat membekalkan tambahan air terawat sebanyak 20 peratys ataupun tambahan sebanyak 16 JLH untuk menampung keperluan bekalan air di kawasan UITM, SSM, ILP, IKM, UMS, Hospital Likas dan kawasan sekitar.

“Tambahan 16 JLH ini yang akan di salurkan ke dalam sistem bekalan air sedia ada akan dapat mengurangkan masalah gangguan bekalan air di kawasan terbabit sehinggalah Projek Telibong II fasa II siap sepenuhnya termasuk pemasangan paip-paip baru ke kawasan ini untuk penyelesaian sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Darrel Leiking (Warisan-Moyog) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, sumber bekalan air yang membekalkan air ke kawasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) adalah melalui Loji Rawatan Air Telibong II Fasa I.

Katanya, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melalui Jabatan Air Daerah Kota Kinabalu mengambil maklum terhadap gangguan bekalan air di kawasan tersebut dan telah mengambil tindakan serta merta dengan melaksanakan pengawalan injap sluis untuk memastikan bekalan air sama rata dan meningkatkan tekanan air ke kawasan yang terlibat khasnya HWKKS.

“Buat masa ini, masalah gangguan bekalan air di Hospital wanita dan Kanak-Kanak Sabah telah dapat diatasi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular