HomeEkonomiSabah: Industri Pelancongan Semakin Rancak 

Sabah: Industri Pelancongan Semakin Rancak 

Read Time:3 Minute, 24 Second

oleh – Wan Azrain Adnan

1. Sejak sempadan negara di buka semula kepada pelancong selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hentikan, industri pelancongan di Sabah kembali rancak dan meriah. Menurut Ketua Menteri Sabah, Sabah telah merekodkan ketibaan pelancong seramai 988,680 orang untuk lima bulan pertama tahun 2023 (Januari – Mei 2023).

Ini merupakan peningkatan sebanyak 77.1%, berbanding jumlah pelancong seramai 558,169 untuk tempoh yang sama pada tahun 2022.

2. Daripada jumlah 988,680 tersebut, 282,450 adalah pelancong antarabangsa, dan 706,230 pelancong domestik. Seterusnya, jumlah pelancong tersebut di anggarkan telah menjana pendapatan pelancongan/ tourism receipts berjumlah RM 2.02 billion.

3. Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Sabah telah menerima jumlah pelancong yang tinggi dari Korea Selatan. Untuk tempoh Januari – April 2023, jumlah pelancong Korea Selatan adalah 68,685. Berbanding dengan jumlah 720 pelancong pada tempoh sama tahun 2022, ini merupakan peningkatan sebanyak 9,439.6%!

Di bulan Januari 2023 sahaja, sejumlah 21,541 pelancong Korea Selatan telah melawat Sabah.

4. Pada tahun 2022, jumlah keseluruhan pelancong Korea Selatan ke Sabah adalah 55,152. Ini bermakna jumlah pelancong Korea Selatan untuk 4 bulan pertama 2023 telah melebihi jumlah pelancong Korea Selatan untuk tahun 2022. Satu peningkatan dan pencapaian yang menakjubkan.

5. Malah, beberapa hari lepas, media melaporkan ‘kesesakan’ yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, yang melibatkan pelancong dari Korea Selatan. Kesesakan tersebut di sebabkan oleh ketibaan lima (5) buah penerbangan Korea Selatan dalam tempoh masa 2 jam, dengan 1,098 pelancong.

6. Memandangkan jumlah pelawat Korea Selatan yang besar ke Sabah, pada hujung Mei 2023, Duta Korea Selatan ke Malaysia telah menyatakan bahawa Korea Selatan baru sahaja membuka Konsulat yang pertama di Kota Kinabalu.

7. Pada masa yang sama, Korea Selatan juga telah menjadi pelabur serta rakan dagang Sabah yang penting. Pada pertengahan Mac 2021, syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM 2.3 billion untuk membina kilang di Sabah, dan menyediakan sejumlah 5,000 peluang pekerjaan.

8. Tambahan lagi, menurut Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Korea Selatan mencatatkan sumbangan sebanyak 7.1% bagi nilai eksport dan 8.6% bagi nilai import Sabah pada tahun 2022.

9. Kepesatan pertumbuhan industri pelancongan Sabah mesti di sokong dengan promosi, produk pelancongan, kemudahan, modal insan serta rangkaian hubungan/ connectivity yang baik. Ketika ini, terdapat 122 penerbangan antarabangsa dan 353 penerbangan domestik setiap minggu ke Sabah. Ini terhasil daripada connectivity Sabah dengan 10 bandar antarabangsa, iaitu – Singapura, Bandar Seri Begawan, Taipei, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Wuhan, Incheon, Busan dan Manila.

10. Pada masa yang sama, Kerajaan Sabah wajar menggalakkan amalan ESG (Environmental, Social, Governance) di dalam industri pelancongan di Sabah. Di seluruh dunia, pematuhan prinsip ESG semakin di utamakan untuk memastikan kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan sosial pekerja dan komuniti, di dalam pelbagai perkara, termasuklah aktiviti pelancongan.

11. Sebagai contoh. Booking.com sudah menyediakan rating Travel Sustainable Level untuk tempat penginapan yang boleh di tempah di platform tersebut. Booking.com ialah satu platform terkenal global untuk membuat tempahan pelancongan seperti tempat penginapan dan tiket penerbangan.

12. Di dalam Booking.com, tempat penginapan di nilai berdasarkan 32 langkah kelestarian, yang memberi kesan kepada persekitaran dan komuniti setempat. Ianya melibatkan perkara seperti – penggunaan peralatan makan plastik guna-buang, penggunaan air dan tenaga elektrik, penglibatan komuniti setempat, penyediaan maklumat warisan dan budaya tempatan.

13. Pelancongan mapan dapat menjamin situasi win-win untuk semua pihak berkepentingan. Aktiviti pelancongan, terutamanya yang melibatkan alam semula jadi, mesti di pelihara agar dapat terus di nikmati di masa depan.

14. Untuk tahun 2023, Kerajaan Sabah telah meletakkan sasaran 2.2 juta jumlah pelancong, yang di unjur akan menyumbang sejumlah RM 4.1 billion kepada pendapatan negeri Sabah.

15. Ini bermakna, jumlah pelancong untuk lima bulan pertama tahun 2023 telah mencapai 45% dari sasaran tersebut. Manakala unjuran pendapatan pula telah pun mencapai 49%. Maka sasaran untuk tahun 2023 boleh di capai sekiranya trend ketibaan pelancong ini berterusan.

16. Agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) nampaknya terus berjaya menghasilkan pertumbuhan industri pelancongan, dan seterusnya memacu pembangunan ekonomi Sabah.

17. Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular