HomeIsu tempatanSheila Majid bakal hiburkan peminat di KK Sabtu ini

Sheila Majid bakal hiburkan peminat di KK Sabtu ini

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu: Masyarakat dijemput menyaksikan Konsert ‘Sheila Majid Big Band Live In Kota Kinabalu’, Sabtu ini.

Pengarah Urusan Al Activators Sdn Bhd.  Aaron Leong berkata konsert tersebut bukan sahaja akan menghiburkan mereka yang datang tetapi juga sebagai penganjuran amal bagi membantu masyarakat.

“Sebahagian daripada hasil jualan tiket konsert nanti kita akan sumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Sabah (KYJ) bertujuan menyokong usaha murni mereka membantu masyarakat yang memerlukan.

“Konsert ini pasti menghiburkan dan memberi suasana pengalaman muzik yang mengasyikan dengan penampilan Sheila Majid bersama 17 pemuzik pimpinan pengarah muzik Mac Chew,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Tambah beliau, tiket konsert terbahagi kepada empat kelas iaitu Emas berharga RM238, Platinum RM388, Diamond RM588 dan VIP RM 738 dan boleh didapati melalui laman web smlkk.qtic.my

Menurut Aaron, kunjungan itu bertujuan menjemput Tun Juhar untuk hadir sebagai tetamu kenamaan dalam konsert tersebut selaku tetamu kehormat yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Terdahulu, Presiden Sabah Housing And Real Estate Developers Association (SHAREDA), Datuk Sr Chua Soon Peng turut membuat kunjungan hormat kepada Tun Juhar dengan membentangkan isu-isu berkaitan akta perumahan.

“Kita mengadakan kunjungan ini bertujuan pemberitahuan kepada Tuan Yang Terutama isu-isu yang dihadapi rakyat berkaitan perumahan.

“Dalam masa terdekat, kita akan menjemput pegawai dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menerangkan kepada masyarakat bagaimana kita boleh membantu agar mereka faham perkara-perkara yang perlu untuk membuat pinjaman bagi mendapatkan rumah pertama.

Jelasnya, sasaran utama adalah golongan guru-guru tuisyen dan pekerja e-hailing yang tidak mengisytiharkan pendapatan seterusnya menyukarkan mereka membuat pinjaman untuk tujuan membeli rumah.

Beliau turut mempelawa orang ramai untuk hadir menyaksikan seterusnya memeriahkan Program PropEX 2023 di SICC bermula 31 Ogos sehingga 3 September depan.

Turut hadir, Penasihat yang juga Bekas Presiden SHAREDA, Datuk Susan Wong Siew Guen, Naib Presiden, Datuk Quek Siew Hau, Chai Meng Kong, Raymond Xavier Chan Ying Hong dan Ahli Majlis Merangkap Pengerusi Penganjur PropEX 2023, Joanne Wendy Chung.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular