HomeIsu tempatanPersidangan Ekonomi Cina Sabah akan diadakan 23 Ogos ini

Persidangan Ekonomi Cina Sabah akan diadakan 23 Ogos ini

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Persidangan Ekonomi Cina Sabah anjuran enam gabungan persatuan akan berlangsung pada 23 Ogos ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) di sini.

Pengerusinya, Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, persatuan-persatuan tersebut adalah Sabah China Chamber of Commerce, Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah (SME Sabah) serta Dewan Perdagangan Malaysia-China Cawangan Sabah.

“Turut terlibat, Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (SATTA), Persatuan Penyelidikan Laluan Sutera Maritim Malaysia (Malaysia Maritime Silk Route Research Society) dan Persatuan Penyelidikan Laluan Sutera Maritim Sabah (Sabah Maritime Silk Route Research & Advancement Society). 

“Bertemakan ‘New Mindset (pemikiran baru), program yang dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Nor ini diadakan bertujuan bagi memperkukuh, membincangkan pengurusan dan menggalakkan pembangunan industri bagi meningkatkan ekonomi terutamanya di Sabah. 

“Melalui perbincangan di kalangan pakar, sarjana, usahawan dan wakil daripada semua sektor beserta penyelarasan serta kedinamikan dasar kerajaan Sabah, kami berharap dapat mencari penyelesaian konkrit dan mempraktikkannya,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin,  di sini semalam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular