HomeIsu tempatanKonvoi KMJG meriahkan Lawas Asian Floating Festival

Konvoi KMJG meriahkan Lawas Asian Floating Festival

Read Time:2 Minute, 12 Second

Lawas : Peserta konvoi yang menyertai Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini berpeluang untuk turut sama memeriahkan program ‘Lawas Asian Floating Market Festival 2023’ semalam.

Konvoi integrasi Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan  Labuan melibatkan 27 buah kenderaan itu tiba di Lawas Waterfornt Sarawak pada jam 9 pagi semalam.

Urusetia KMJG Sabah, Edi Rizam Kasim berkata, keterlibatan para peserta konvoi dalam festival tersebut dapat memupuk nilai perpaduan dengan lebih mendalam sesuai dengan sambutan Bulan Kebangsaan.

Dari kiri : Roszilawati, Roslin,Aziz dan Edi Rizam

“Pada saya, peluang ini sangat istimewa kerana para perserta konvoi dapat melihat sendiri keutuhan perpaduan yang bukan sahaja dalam kalangan Sabah, Sarawak dan Labuan tetapi juga perpaduan rakyat dari negara jiran seperti Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina,” katanya.

Bagi wakil Konvoi KMJG Labuan, Aziz Abd Salleh berkata peluang menyertai program KMJG integrasi tersebut memberikannya pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke bumi kenyalang.

“Melihat kepada jumlah kehadiran pengunjung yang amat memberangsangkan ini, sedikit sebanyak memberi idea untuk saya bawa balik dalam merangka penganjuran acara sebegini di tempat sendiri kelak,” katanya.

Turut sama dengan pandangan itu, wakil KMJG Sarawak, Roszilawati Nor Aziz berkata, penganjuran serentak Infiesta Integrasi @KMJG 2023 mampu menyubur dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme. 

Mengenai pelaksanaan festival terbabit, Roszilawati memaklumkan ia adalah inisiatif yang sangat baik untuk merancak serta meningkatkan lagi ekonomi masyarakat setempat dan seterusnya menjana ekonomi penduduk setempat. 

Nengsih dari Kalimantan membuat persiapan sejak Khamis

Manakala, pemandu kereta pengiring (lead car) Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Roslin Daud  menzahirkan rasa teruja apabila konvoi integrasi merentas sempadan Sabah dan berpendapat festival pasar terapung berupaya meningkatkan sektor pelancongan Malaysia.

Sementara itu, nelayan dari Kampung Awat-Awat Lawas, Abdul Tarib Ibrahim, 41,  kehadirannya bersama bayi, Aisy Mateen Abdul Tarib berusia 3 bulan dan Qalleesya Qarina, 10,  sekadar makan angin dan santai bersama keluarga, di samping mendedahkan keluarganya kepada erti kemerdekaan.

Dalam pada itu, peniaga dari Lunbawang Kalimantan, Indonesia, Nengsih Ramba, 43, memberitahu dia datang seawal Khamis bagi membuat persiapan jualan dalam festival pasar terapung yang julung-julung kali diadakan oleh kerajaan Sarawak.

“Saya sudah berniaga selama tiga hari sejak jumaat dan hasil jualan juga lumayan, banyak produk kraftangan dari kampung saya telah habis dijual,” katanya.

Suhaini bersyukur kerana meraih keuntungan lebih dari biasa

Begitu juga dengan peniaga tempatan, Suhaini Pattini, 44, yang menjual makanan kering, sayur serta buah-buahan mengaku berjaya meraih keuntungan lebih daripada biasa.

“Bot ini disewakan kepada para peniaga dengan kadar yang berpatutan melalui persatuan dan kami berniaga mewakili zon-zon kami di mana setiap peniaga boleh menghantar jualan masing-masing,” jelas ibu kepada lima anak.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penubuhan CEDP komitmen UMS pacu penyelidikan bagi bantu pembangunan dasar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular