HomeIsu tempatanLebih 7,000 pengunjung meriahkan Jubli Emas SMK Menumbok

Lebih 7,000 pengunjung meriahkan Jubli Emas SMK Menumbok

Read Time:1 Minute, 39 Second

Menumbok : Lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menumbok yang diadakan selama tiga hari berakhir Sabtu lalu.

Sambutan yang dirasmikan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Dr Suntik Tuin itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan program berunsurkan pendidikan dan kerjaya yang menyasarkan golongan belia serta pelajar sekolah.

Antara program yang dilaksanakan termasuklah ceramah berkaitan jenayah dan pendidikan; forum keagamaanl pameran pendidikan; malam kebudayaan; persembahan ‘motor show’; larian ‘fun run’ dan pelbagai aktiviti lain.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Abdul Rahman Taib berkata, antara objektif penganjuran sambutan itu adalah bagi mengutip dana sekolah berkenaan  selain meraikan ulangtahun penubuhan sekolah yang telah mencapai 50 tahun pada tahun lalu.

“Pelbagai aktiviti telah kita rancang sepanjang sambutan tiga hari ini dan antara yang menjadi tarikan adalah Motorshow selain pameran berkaitan pendidikan dari institusi pendidikan seperti kolej vokasional; Universiti Malaysia Sabah (UMS); Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sebagainya.

“Bagi pihak PIBG, sudah tentu kami rasa syukur atas sambutan yang meriah ini dimana dianggarkan lebih 7,000 pengunjung telah hadir sepanjang tiga hari ini.  Selain itu juga, antara objektif utama kita adalah bagi membantu mengutip dana PIBG untuk kegunaan sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Jubli Emas SMK Menumbok di sini Sabtu lalu.

Rahman berkata, sambutan itu juga turut dihadiri oleh bekas-bekas pelajar termasuk menghargai para pengetua sekolah berkenaan.

“Saya dikhabarkan ada bekas-bekas pelajar sekolah ini juga datang memeriahkan sambutan dimana ada yang datang dari Brunei dan Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Rahman berkata, dana menerusi penjualan tiket bertuah telah berjaya memberi impak besar kepada sumber kewangan persatuan itu.

“Ada beberapa program yang kita rancang khas untuk mengutip dana, salah satunya yang memberi impak dari segi kewangan ialah jualan tiket bertuah dan hadiah-hadiahnya telah disumbangkan oleh orang awam sendiri.

“Selain itu, penjualan tapak lot perniagaan juga turut membantu dalam mengisi sumber kewangan PIBG sekolah ini dimana kita telah menyediakan sebanyak 150 buah lot untuk para peniaga,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penubuhan CEDP komitmen UMS pacu penyelidikan bagi bantu pembangunan dasar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular