HomeIsu tempatanRai kesatuan dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan

Rai kesatuan dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Program Doa Sayangi Malaysia meraikan kesatuan dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Mackey Apison Lo berkata, program itu memberikan ruang dan peluang kepada rakyat Sabah yang bukan beragama Islam untuk turut sama menzahirkan doa kesejahteraan negara.

“Penganjuran program ini adalah selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyat yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan yang tinggi dan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Sepanjang penganjuran program ini, pelbagai badan keagamaan bersama-sama menjayakan program ini walaupun berlainan kepercayaan dan fahaman. Selain mengukuhkan hubungan antara satu sama lain, program ini juga turut meraikan kesatuan dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Datuk Susan Wong berkata, program tersebut merupakan platform yang baik dalam mempromosikan perpaduan kepelbagaian etnik, agama dan budaya di Sabah.

“Program ini memberikan peluang untuk melawat tempat ibadah lain seperti gereja dan kuil seterusnya membolehkan kami untuk belajar cara berdoa agama lain yang.

“Saya berharap agar keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat daripada pelbagai etnik di Sabah akan terus terpelihara agar kita dapat hidup dalam suasana yang aman dan gembira,” katanya.

Susan turut menjemput orang ramai untuk hadir bersama-sama memeriahkan program KK Torch Run anjuran FCAS yang diadakan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan di Padang Merdeka mulai jam 7 pagi pada  Ahad depan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular