HomeIsu tempatanHUMS adakan perkhidmatan  Klinik Bergerak di Kota Belud

HUMS adakan perkhidmatan  Klinik Bergerak di Kota Belud

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) mengadakan perkhidmatan klinik bergerak menerusi Program KRIS (KPT Prihatin Madani) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan II, Kota Belud baru-baru ini.

Ketua Pasukan Perubatan HUMS, Dr. Rishaini Elengovan berkata, program tersebut memfokuskan jangkauan (outreach) kesihatan komuniti kepada masyarakat di luar bandar.

“Seramai 35 kakitangan daripada HUMS telah menjadi sukarelawan, terdiri daripada Pegawai Perubatan Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi dan Jururawat bekerjasama sebagai sebuah kumpulan untuk menjayakan program ini.

“Antara perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang dilaksanakan ialah saringan, pemeriksaan asas kesihatan, perawatan kesihatan dan kebersihan diri.

“Kami juga menyediakan konsultasi daripada pakar kesihatan pegawai perubatan selain pemberian ubat-ubatan secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya lagi, pelajar juga berpeluang mendapatkan perkhidmatan runding cara pemakanan yang baik bersama sukarelawan yang terlibat.

Program itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Untuk rekod, program tersebut disertai oleh seramai  250 pelajar dan penduduk sekitar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular