HomeUtamaNelayan diseru ambil peluang program pemutihan pelesenan

Nelayan diseru ambil peluang program pemutihan pelesenan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Perikanan Sabah (JPS) akan membuka semula Program Pemutihan Pelesenan (Amnesty) 2.0 selepas program itu sebelum ini pernah di adakan pada tahun lalu.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, langkah itu diambil selepas JPS mengambilkira semua aspek serta permintaan daripada para nelayan dan pengusaha dalam industri perikanan tangkap marin. 

“Program Pemutihan Pelesenan 2.0 akan diperluaskan skopnya dengan melibatkan beberapa penambahbaikan syarat-syarat yang merangkumi perikanan tradisi dan komersial. 

“Ini bermakna, mana-mana nelayan atau pengusaha perikanan tangkap marin di Sabah yang mempunyai masalah atau isu berkaitan pelesenan perikanan tangkap marin, boleh berhubung terus dengan Pejabat-Pejabat Perikanan Daerah masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jeffrey berkata, pada tahun lalu, sebanyak 131 permohonan telah diluluskan dan dijangkakan tahun ini akan lebih banyak permohonan yang diterima.

Katanya, ianya juga akan memberi manfaat kepada nelayan tradisi dan komersial dalam sektor perikanan tangkap marin di 16 buah daerah.

“Dengan adanya program seperti ini, ianya akan dapat membantu melonjakkan lagi perkembangan industri perikanan di Sabah bagi memastikan bekalan ikan tempatan dan untuk eksport sentiasa tersedia dan mencukupi. 

“Pembukaan semula Program Pemutihan Pelesenan akan bermula pada bulan Ogos ini dan dijangka dilaksanakan tidak melebih tempoh tiga bulan,” katanya.

Jeffrey berkata, pihak Kementerian menyeru kepada semua Nelayan di Sabah untuk mengambil peluang program pemutihan (amnesty) ini.

“Ini kerana, JPS selepas ini tidak bercadang untuk mengadakan program pemutihan pada masa akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular