HomeUtamaItu pandangan peribadi Yong Teck Lee, kita teruskan usaha bangunkan Sabah -...

Itu pandangan peribadi Yong Teck Lee, kita teruskan usaha bangunkan Sabah – Hajiji

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyeru kepada semua pimpinan komponen parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya terus menumpukan usaha dalam membangunkan negeri Sabah dan tidak terlalu bermain politik.

Perkara itu dinyatakan bagi mengulas kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee mengenai dengan cadangan SAPP baru-baru ini agar GRS bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Negeri Sabah pada Pilihan Raya akan datang.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, kenyataan itu adalah pandangan peribadi Datuk Seri Yong Teck Lee.

“Itu pandangan peribadi Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Dalam GRS kita ada tujuh parti gabungan, perkara ini kita belum bincangkan kerana kita lama lagi mengadakan pilihan raya, dua tahun lagi, sekarang kita fokus untuk membangunkan negeri Sabah, membantu rakyat, menyelesaikan masalah air, elektrik dan sebagainya. Ini jadi tujuan utama kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Tahun 2023 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Hajiji turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri sekarang bukan sahaja diterajui oleh GRS tetapi juga Pakatan Harapan (PH).

“Saya ingin tegaskan dan nyatakan bahawa Kerajaan Negeri sekarang yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah dan juga Pakatan Harapan, jadi kita kena melihat bahawa kita amat berterima kasih kepada Pakatan Harapan.

“Bagi saya ini adalah satu isu yang perlu kita bincangkan secara mendalam tetapi saya ingin nyatakan bahawa pilihan raya akan datang kita adalah dalam Kerajaan Perpaduan termasuklah PH di Sabah, jadi kita tidak boleh berpisah dengan rakan-rakan kita, PH, lain-lain termasuk Barisan Nasional.

“Ini adalah kerana kita mahu bangunkan Sabah dan rakyat kita, jangan terlampau politik sana sini yang kacau-kacau itu,” tegas beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Ubah suai tangki minyak, gagal lapor pertukaran nakhoda, dua buah bot...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular