HomeUtamaKerjasama bersepadu mampu pastikan STEM kembali menjadi pilihan pelajar

Kerjasama bersepadu mampu pastikan STEM kembali menjadi pilihan pelajar

Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Kerjasama secara bersepadu daripada pelbagai rakan strategik yang berkepentingan adalah signifikan bagi memastikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dapat kembali menjadi pilihan pelajar.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ini kerana minat sains dalam kalangan pelajar menunjukkan penurunan kepada 40 peratus  pada tahun lalu.

“Berdasarkan Kajian Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia 2022, minat dalam sains bagi kalangan pelajar menunjukkan penurunan kepada 40 peratus pada tahun lalu berbanding pada tahun 2019 iaitu 66.7 peratus.

“Antara empat sebab utama enrolmen rendah dalam aliran sains adalah kerana minat pelajar lebih cenderung terhadap bidang bukan berteraskan sains;  sains adalah mata pelajaran sukar untuk difahami;   mata pelajaran sains sukar untuk dikuasai; dan tidak berminat dengan bidang sains di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Mobile Thematic Exhibition (MTE) Pusat Sains Negara (PSN) kepada U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor UMS (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr Shahril Yusof.

Arthur berkata, sebanyak 81.1 peratus responden kajian kesedaran itu memberi cadangan agar menggabungkan aktiviti praktikal di dalam kelas sebagai salah satu cara terbaik meningkatkan minat pelajar dalam sains.

Katanya, mewujudkan kesedaran tentang sains adalag bermula di sekolah rendah dan memberi lebih banyak pendedahan berkaitan sains dan kehidupan seharian.

“Saya yakin usaha ini sedang turut dilaksanakan secara berterusan menerusi program PSN Satelit di antara PSN dan U-Science, UMS,” katanya.

Sementara itu, Arthur berkata, pihaknya percaya jalinan kerjasama yang dilaksanakan di U-Science UMS dapat menjadi sebagai salah satu peneraju pusat pembelajaran STEM di Sabah.

“Pada hari ini, MOSTI melalui PSN menyerahkan barang pameran yang dianggarkan bernilai RM1,500,000 bagi tempoh dua tahun. Sebanyak 30 unit bahan pameran interaktif berkonsepkan Astronomi, Cabaran Minda dan Fizik telah ditempatkan di U-Science.

“Bahan pameran berkonsepkan Cabaran Minda dan Fizik yang dibangunkan oleh PSN ini merupakan bahan pameran yang menguji kefahaman dan pemikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah yang ringkas melalui teknik yang menarik.

“Manakala Pameran Astronomi pula memberi peluang kepada pelawat untuk merasai pengalaman penerokaan ruang angkasa lepas dengan mempelajari asas seperti fasa bulan, buruj, serta fenomena- fenomena yang berlaku di alam semesta,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya peralatan pameran yang baru, pihaknya berharap ia akan dapat menjadi destinasi tumpuan lawatan sambil belajar bagi menyuburkan minat pelajar terhadap bidang STI. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular