HomeUtamaEmpat wakil Sabah finalis Miss World Malaysia 2023

Empat wakil Sabah finalis Miss World Malaysia 2023

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Seramai empat finalis dari Sabah terpilih menyertai pertandingan Miss World Malaysia 2023 bersama 10 peserta lain dari seluruh negara yang kali ini dianjurkan di negeri ini.

Empat finalis terbabit ialah Ellesha Meschille, Shu Wen Chai, Soen Tan dan Yvete Jace, masing-masing tampil dengan personaliti menawan dan misi yang cukup menarik.

Isu berkaitan pendidikan, kanak-kanak dan kebajikan haiwan adalah antara misi yang ingin diperjuangkan keempat-empat mereka bagi merebut gelaran Miss World Malaysia kali ini.

Malam tadi, semua finalis yang baru tiba di Kota Kinabalu diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan The Crab House Seafood Restaurant, Kota Kinabalu.

Hadir sama pada majlis santai memperkenalkan semua finalis Miss World Malaysia 2023 itu ialah Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Cina Bersatu Sabah USCCC), Kapitan Datuk Jimmy Tham Yuk Leong dan pemilik The Crab House Seafood Restaurant, Ken Oh.

Seramai 10 finalis Miss World Malaysia 2023 lagi ialah Adlyn Jayne Andrew, (Selangor), Lyna Tan (Selangor), Maria Misha (Sarawak), Natalie Ang (Pulau Pinang), Priya DK (Selangor), Rebecca Shalom (Johor), Saroop Roshi (Perak), Sisnitha (Pulau Pinang), Vaishanavi (Selangor) dan Xiao Zi (Pahang).

Sementara itu, HyperLive Festival Malaysia selaku penganjur Miss World Malaysia 2023 berkata, persembahan realiti termasuk program awal diadakan bermula 18 hingga 24 Ogos, diikuti acara kemuncak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 25 Ogos ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor akan menjadi tetamu kehormat Miss World Malaysia 2023 yang diadakan pada Jumaat depan.

Katanya, ia kemudian disusuli HyperLive Festival Malaysia Charity Gala dan Majlis Makan Malam Anugerah akan diadakan di Pacific Sutera Ballroom pada 26 Ogos ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan komited lahirkan belia berilmu, kemahiran, kepemimpinan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular