HomeUtamaSabah model perpaduan Kebangsaan - Mustapha

Sabah model perpaduan Kebangsaan – Mustapha

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Kepelbagaian budaya etnik selain keunikan negeri ini menjadikan Sabah sebagai model perpaduan di peringkat Kebangsaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia Mustapha Sakmud berkata, di Sabah terdapat komuniti Cina yang fasih berbahasa Bajau dan yang berketurunan India juga menguasai pelbagai bahasa.

“Di Sabah, kita memberi sumbangan besar terhadap aspek perpaduan, contohnya hari ini kita dapat saksikan persembahan Tarian Singa dan sambutan meriah daripada pelbagai kaum beserta anak-anaknya sekali.

“Tahun ini 60 tahun pembentukan Malaysia, diharapkan pada masa akan datang anak-anak ini merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama, kita tidak boleh tinggalkan mana-mana kaum, perlu seiringan bergerak maju,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Daerah Kota Kinabalu, di Suria Inanam di sini hari ini

Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tan Lee Fatt, Pengarah Penerangan Sabah selaku Ketua Konvoi KMJG, Jainisah Mohd Noor dan Timbalannya, Supian Musa.

Pada program tersebut, Persatuan Tarian Naga dan Singa Khin You menyambut ketibaan konvoi KMJG yang tiba dari Dewan Menggatal.

RELATED ARTICLES
Utama

156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular