HomePolitikKerjasama Warisan - GRS dalam PRN-17 Sabah? 'Wait and See' - Yusof...

Kerjasama Warisan – GRS dalam PRN-17 Sabah? ‘Wait and See’ – Yusof Apdal

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu dari parti Warisan Datuk Mohd Yusof Apdal menyerahkan kepada majlis tertinggi Warisan berhubung kemungkinan kerjasama Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya hari ini mengulas mengenai temubualnya bersama pemberita sewaktu program KPT Prihatin Madani di Felda Sahabat Sabtu lalu.

“Apa-apa keputusan mengenai kerjasama Parti Warisan dengan mana-mana parti atau gabungan parti sama ada parti daripada Tanah Melayu Semenanjung (Pakatan Harapan, Barisan Nasional) ataupun daripada Parti Tempatan (GRS, PKDM dan lain-lain) menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 hanya akan diputuskan oleh Pimpinan Tertinggi dan Majlis Tertinggi Parti Warisan,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa persepsi yang cuba dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang mengaitkan Prestasi UMNO (BN) di dalam pilihan raya enam negeri yang lalu dengan kerjasama Warisan- UMNO (BN) semasa PRN Sabah kelak adalah tidak benar dan tidak relevan sama sekali.

“Ini kerana, sewaktu saya ditanyakan soalan berkenaan kerjasama (PRN Sabah Ke-17) dengan Parti Nasional seperti PH dan BN, saya menegaskan atas kapasiti peribadi saya bahawa Parti Warisan merupakan parti yang sentiasa ‘boleh berbincang’ dengan mana-mana parti pun dan dalam konteks ini, termasuklah dari parti UMNO.

“Mengenai kerjasama Parti Warisan- GRS menjelang PRN Sabah kelak, jawapan yang saya berikan ‘ Wait and See’ (tunggu dan lihat). Kita perlu terima kenyataan dan fakta bahawa hari ini, dinamika politik negara, wilayah dan negeri malah di peringkat global sekalipun sukar untuk dijangka. Ianya boleh berubah di luar jangkaan kita,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular