HomeUtamaJalan Pan Borneo diselenggara untuk keselesaan & keselamatan semua pengguna - Shahelmey

Jalan Pan Borneo diselenggara untuk keselesaan & keselamatan semua pengguna – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 16 Second

PUTATAN: Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata penyelenggaraan jalan Pan Borneo kini sedang giat dijalankan bukanlah semata-mata sempena lawatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Sabah tetapi juga kemudahan itu diselenggara untuk memastikan keselesaan dan keselamatan semua pengguna jalan raya di negeri ini.

Program Jelajah Kembara Borneo ialah di mana Yang di-Pertuan Agong akan merasai sendiri pengalaman memandu di jalan Pan Borneo, Sabah bermula 3 September ini.

“Berkenaan dengan Jelajah Kembara Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong (pada 3 hingga 7 September ini di Sabah, jalan-jalan raya atau jalan yang akan dilalui nanti adalah jajaran Pan Borneo.

“Kita telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) ataupun konsesi menyelenggara jalan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan saya mendapat laporan bahawa kerja-kerja tersebut telah siap dan ada yang masih berlangsung.

“Jadi kita pastikan jalan raya berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Bukan sahaja baik untuk kembara Yang di-Pertuan Agong tetapi baik juga untuk pengguna jalan raya Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ceramah Motivasi SMJ di Dewan Putatan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kos penyelenggaran jalan, Shahelmey berkata, untuk Jalan Raya Persekutuan kos penyelenggaraan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita berterima kasih pada tahun ini kita mendapat peningkatan kos untuk penyelenggaraan jalan, jadi dengan itu banyak kawasan-kawasan di sepanjang Jalan Raya Persekutuan telah dapat diperbaiki, bukan 100 peratus sempurna tapi yang penting kita dapat menyediakan kemudahan jalan yang selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya,” jelas beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular