HomeUtamaDataran Bandaraya kembali meriah, ceria sempena Hari Kebangsaan 2023

Dataran Bandaraya kembali meriah, ceria sempena Hari Kebangsaan 2023

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Dataran Bandaraya di Jalan Tun Fuad Stephens di sini kembali diwarnai dengan keceriaan dan kibaran Jalur Gemilang lebih 25,000 pengunjung yang hadir sempena sambutan hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah 2023 pagi tadi.

Sambutan tahun ini juga menyaksikan sebanyak 114 kontinjen dan 28 pelbagai jenis kenderaan menyertai perbarisan serta perarakan selain turut dipersembahkan empat buah helikopter yang membuat ‘flypast’ selepas kali terakhir dianjurkan dilokasi berkenaan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Acara yang disaksikan ribuan pengunjung itu bermula seawal jam 7 pagi sejurus ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bagi menerima tabik hormat ketua setiap kontinjen.

Ketibaan Juhar disambut Hajiji dan Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri yang juga Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, sebelum acara dimulakan dengan pemeriksaan kawalan keselamatan.

Tun Juhar memeriksa kawalan keselamatan yang membabitkan 113 anggota dari Batalion Ke-22, Rejimen Askar Melayu Diraja, Sandakan yang diketuai Mejar Mohd Adam Embi.

Sejurus selepas itu, perarakan dimulakan menerusi lintas lalu udara membabitkan helikopter dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Julia Salag serta tiga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Sementara itu, 114 kontinjen perbarisan yang mengambil bahagian pada sambutan Hari Kebangsaan kali ini terdiri daripada pasukan keselamatan, badan beruniform, kementerian negeri, sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Turut menyertai perbarisan ialah kontinjen mewakili persatuan kebudayaan etnik, badan bukan kerajaan. (NGO) dan sektor swasta. – SABAH MEDIA/ FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan komited lahirkan belia berilmu, kemahiran, kepemimpinan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular