HomeUtamaPBT digesa beri fokus dalam penyediaan pelan strategik

PBT digesa beri fokus dalam penyediaan pelan strategik

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri mahu semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Sabah menangkis tanggapan sikap bekerja sambil lewa dan perlu memberi fokus kepada tugas khususnya dalam penyediaan pelan strategik masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, PBT juga perlu memberi fokus kepada organisasi khususnya bagi meningkatkan lagi keberkesanan PBT dalam menyampaikan perkhidmatan dan membentuk PBT untuk menjadi lebih berdaya saing.

“ PBT perlu membangunkan kelebihan daya tarikan setempat dan memenuhi ekspektasi masyarakat serta memfokuskan isu dalam kawasan PBT tersebut.

“Selain itu, alam sekitar juga perlu dijadikan fokus iaitu dengan mewujudkan persekitaran mampan, membentuk PBT yang peka dengan kemampanan alam sekitar dalam melaksanakan pembangunan dan pengurusan perbandaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Persidangan PBT Tahunan Negeri Sabah bagi tahun 2023 di sini baru-baru ini.

Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, penyediaan pelan strategik perlu dibuat oleh semua PBT dimana ia akan dijadikan sebagai wacana panduan utama dalam merealisasikan hala tuju PBT tersebut.

Katanya, integriti dalam mentadbir urus PBT hendaklah dijadikan sebagai perkara penting.

“Pengurusan perolehan, pentadbiran harian perlu dijalankan dengan lebih telus dan berintegriti dan transparent. Penyediaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) hendaklah dibuat oleh setiap PBT yang ada di negeri ini.

“Dengan adanya pendekatan ini, tidak mustahil PBT yang ada di negeri ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat setempat,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, terdapat empat isu dan cabaran utama dihadapi PBT dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Beliau berharap agar persidangan ini mampu memberikan pelbagai ilmu, mengupas segala isu dan cabaran yang pada akhirnya akan dapat membantu mencari jalan bagi memperkasa PBT di negeri ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular