HomeIsu tempatanTugas pendidik besar bimbing pelajar menjadi insan berguna

Tugas pendidik besar bimbing pelajar menjadi insan berguna

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Warga pendidik mempunyai tanggungjawab besar dalam membimbing para pelajar dipelbagai peringkat untuk menjadi seorang insan berguna selain dapat memberi sumbangan kepada negara.

Focal Person Kebangsaan Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah, Mohammad Ariff Tun Sakaran berkata, ia juga sejajar dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.

“Perkembangan intelek pada pelajar juga perlu diselarikan dengan ilmu agama agar kemenjadian pelajar itu adalah berpandukan kepada acuan Islam.

“Seiring dengan slogan pentadbiran Malaysia Madani, maka pembentukan sebuah masyarakat bertamadun  yang membangun dari aspek pemikiran perlu dipandu dengan meneladani akhlak Rasulullah SAW,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Soul To Soul Ya Syabab anjuran Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudah Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini baru-baru ini.

Mohammad Ariff berkata, kemenjadian pelajar dalam aspek pendidikan perlu disusuli dengan program-program pengisian keagamaan dan kerohanian seperti Soul To Soul Ya Syabab yang membentuk nilai jati diri dan akhlak pelajar. 

“Pendedahan nilai-nilai murni kepada pelajar dapat memberi banyak pengajaran terbaik supaya anak-anak kita dapat melaksanakan dan dibimbing agar mereka lebih dekat dengan agama selain pelajaran akademik mereka,” katanya.

Terdahulu, program Soul To Soul Ya Syabab itu turut disertai seramai 700 pelajar dari tujuh buah sekolah di negeri ini.

Beberapa pelajar dan guru yang ditemui berkata, program itu memberi banyak berfaedah untuk diri mereka selain mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir Papar, Nur Fia Arie Syah Awang Fazli berkata, program ini memberikan banyak manfaat kepada dirinya dalam mengharungi cabaran sebagai seorang pelajar.

“Mendekati Allah gitu, sebenarnya impian kita banyak lagi tu sebenarnya kita mau hadap.  Pasal SPM itu bukan impian… impian kita itu sebenarnya di syurga,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular