HomeIsu tempatan10 buah sekolah sertai pertandingan PBL Karnival STEM Khamis ini

10 buah sekolah sertai pertandingan PBL Karnival STEM Khamis ini

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 10 buah sekolah menengah dari beberapa buah daerah di Sabah bakal berentap pada Pertandingan ‘Project Based Learning’ (PBL) Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Khamis ini.

Karnival yang diadakan sempena ‘Young Stemist Expo’ peringkat Kebangsaan itu akan diadakan di Dataran Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas.

Pengetua Cemerlang SMK Likas Fauziah Janau berkata, program itu diadakan adalah bagi mempamerkan hasil karya para peserta berkaitan STEM.

“Karnival kali ini akan disertai oleh 10 buah sekolah menengah di Sabah dimana ini merupakan pertandingan peringkat Kebangsaan.

Pengetua Cemerlang SMK Likas Fauziah Janau

“Sudah pasti sebagai tuan rumah kita amat mengalu-alukan kehadiran para peserta yang sudah pasti akan mempamerkan hasil STEM yang membanggakan,” katanya.

Katanya, karnival ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Muddin Beting.

Antara sekolah yang bakal berentap pada pertandingan itu ialah SMK Likas; SMK St Peter Telipok; Sekolah Tinggi Kota Kinabalu; Sekolah Menengah (SMK) Shan Tao; SM Perempuan dan SMK Tamparuli.

Turut menyertai adalah peserta mewakili SMK Pitas; SMK Taman Tun Fuad dan SM All Saints. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular