HomeUtamaKembara Kenali Borneo : Agong baca setiap surat, petisyen rakyat

Kembara Kenali Borneo : Agong baca setiap surat, petisyen rakyat

Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan membaca setiap surat dan petisyen yang dipersembahkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak kepada baginda sepanjang pengembaraan Kembara Kenali Borneo.

Istana Negara menerusi catatan di Facebook rasminya berkata, Agong akan menyerahkan setiap surat dan petisyen kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat di Sabah dan Sarawak yang telah sudi berkongsi kisah suka dan duka serta pelbagai masalah menerusi surat dan petisyen tersebut,” menurut kenyataan itu.

Kembara Kenali Borneo selama 11 hari bermula 3 September dan berakhir  Rabu lalu itu memulakan perjalanan dari Tawau, Sabah dan tamat di Telok Melano, Sematan Sarawak yang menelusuri jarak 2,154 kilometer.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan menyertai Kembara Kenali Borneo yang disifatkan baginda berdua sebagai pengerat silaturahim dengan rakyat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Jumlah pelawat ke Sabah menurun paras terendah ketika...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular