HomeUtamaKepimpinan Tunku Abdul Rahman jadi tarikan rakyat Sarawak sokong Penubuhan Malaysia

Kepimpinan Tunku Abdul Rahman jadi tarikan rakyat Sarawak sokong Penubuhan Malaysia

Read Time:3 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merangkumi aspek pembangunan, kedamaian dan keharmonian pelbagai kaum dan agama adalah menjadi faktor utama rakyat di Sarawak bersetuju dan menyokong dalam penubuhan Malaysia 1963.

Perkara itu dinyatakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu episod podcast Keluar Sekejap (KS) sempena Hari Malaysia bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan hari ini.

Beliau berkata, selepas pengumuman Tunku Abdul Rahman pada 1961 berkenaan dengan cadangan penubuhan Greater Malaysia yang melibatkan Semenanjung, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

“Kalau dilihat daripada fakta, saya tidak mengkaji mendalam pandangan daripada pihak Sabah mengenai penolakan cadangan Tunku, tetapi daripada sudut Sarawak kebanyakan orang Melayu boleh dikatakan majoriti orang Melayu bersetuju sebab orang Melayu itu bersetuju berlandaskan satu perkara sahaja sebab nama Melayu itu, Semenajung Melayu, Sarawak Melayu, jadi ini menarik perhatian orang Melayu sesama Melayu ini mahu bergabung.

“Ada tiga kumpulan Melayu di Sarawak termasuk Melanau, Iban termasuk Dayak dan satu kumpulan Bidayuh lagi ada satu kumpulan kerana mereka mempunyai pendirian sendiri, kebanyakan orang Bidayuh orang hulu, memikirkan bahawa adalah lebih baik terus di bawah British, jadi dalam keadaan sebegini.

“Mereka masih berpandangan adalah baik kita kekal sebagai satu koloni di bawah British, tetapi Iban lebih advance daripada pandangan mereka memikirkan bahawa kami mahu selepas beberapa perbincangan di antara mereka sendiri dan memanggil ketua dan pemimpin kawasan Iban khusus daripada Kapit yang mana keluarnya 18 point itu jadi mereka minta keputusan ini yang kami mahu berlandaskan point ini, itu satu manakala yang kedua ialah pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah di jemput ke Semenanjung dan melihat pembangunan yang berlaku di Semenanjung, pada ketika itu 1963, itu yang banyak mempengaruhi tiap-tiap orang, jadi itu lah yang menjadi key factor pendorong besar iaitu pembangunan Semenanjung.

“Malah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman di antara kaum di sini menunjukkan tidak ada perbezaan sangat, maksudnya dia tidak ada benda yang orang Sarawak tak setuju daripada sudut gambaran orang Sarawak, daripada sudut agamanya, pembangunannya, dan macam mana kerajaan Tunku pada ketika itu untuk mentabdirkan negara yang berbagai kaum.

“Jadi ini menarik orang Sarawak adalah pembangunan itu dikehendaki. Jadi kalau kerajaan Tunku ini boleh membawa pembangunan dan keharmonian sedemikian itu, maka dia juga boleh membawa kedamaian, keharmonian dan pembangunan ke Negeri Sarawak. Itu mendorongkan orang Sarawak menyokong Malaysia,” jelas Wan Junaidi.

Tambah beliau lagi, jadi itulah kenapanya berlaku kurang sedikit bantahan yang kita lihat daripada Sarawak daripada kalau dibanding dengan Sabah.

FAKTOR KESELAMATAN MENARIK MINAT SARAWAK MENYOKONG PENUBUHAN MALAYSIA

Selain daripada kepimpinan Tunku Abdul Rahman, faktor utama menarik minat rakyat Sarawak terhadap penubuhan Malaysia ialah faktor menjaga keselamatan negara pada ketika itu.

Mengulas lanjut persoalan Sarawak telah berhadapan dengan komunis. Adakah Sarawak berkemampuan secara sendiri mempertahankan diri dengan kebangkitan komunis pada 1962?

Wan Junaidi berkata, pada 60an Sarawak sudah menghadap, 1952 Sarawak sudah berhadapan dengan komunis. Sarawak sangat mengetahui tentang elemen komunis di Sarawak pada ketika itu.

“Pada tahun 1962, masa rebellion Azahari, 1000 lebih anak muda daripada Sarawak lari across the border. Mendapat latihan daripada tani dan bersama dengan volunteers daripada Indonesia masuk balik ke Sarawak untuk menyerang Sarawak.

“Kalau tak ada Sarawak bersama dengan Malaya pada waktu itu sebagai Malaysia, could you have defeated the communists on your own di Sarawak?
Saya masih ingat, anggota Sarawak Conservatory bukanlah ramai sangat.
We are just enough to jaga bandar.

“Police field force belum lagi dibesarkan, masa saya masuk polis.
68 polis field force itu expand untuk mengambil alih tempat yang diduduki dahulunya daripada pihak Gurkha, Green beret, daripada Britain.
Dan bila mereka ini keluar, yang mengambil alih ialah tentera-tentera daripada Semenanjung, polis field force daripada Semenanjung masuk ke Sarawak.

“untuk bantu kita menjaga border yang 1,100km itu. Jadi satu border yang bukan begitu pendek tahu.
Orang tengok hanya yang 600km saja di utara Semenanjung. Kami ada 1,100km border dengan Kalimantan.
Jadi bila-bila masa pihak volunteers daripada Kalimantan itu masuk ke Sarawak.

“Jadi apabila vakum itu tertinggal oleh pihak British keluar daripada Sarawak, jadi tentera daripada Malaya dan field force daripada Malaya yang datang membantu kita,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Keputusan peperiksaan Rafida cemerlang, layak mohon BKNS – Azrul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular