HomeUtamaMA63 Harus Dilakukan Secara Berperingkat - Wan Junaidi

MA63 Harus Dilakukan Secara Berperingkat – Wan Junaidi

Read Time:2 Minute, 16 Second

Kota kinabalu – Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sepatutnya dilaksanakan secara berperingkat, kata Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Walaupun MA63 kini menjadi sebahagian daripada perlembagaan persekutuan, masih banyak lagi yang perlu dilakukan, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu dalam satu episod podcast Keluar Sekejap sempena hari Malaysia

Menurutnya lagi Kegagalan itu sejak 1963, kita tidak dapat melaksanakannya secara berperingkat. Jika ia dilaksanakan sejak 1963, Sabah dan Sarawak sudah maju,”

“Walaupun pembangunan tidak setanding dengan Semenanjung, ia tidak akan ketinggalan begitu jauh kerana Sabah dan Sarawak adalah luas,” katanya dalam rancangan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Ujar Wan Junaidi lagi  keperluan infrastruktur dan penduduk di negeri-negeri Borneo berbeza dengan Semenanjung. Oleh itu, langkah yang sama yang dilaksanakan di Semenanjung mungkin tidak berkesan.

“Kalau bina tol merentasi Semenanjung, dua tiga negeri boleh untung. Tapi bagaimana dengan Sarawak? Kalau buat, ia akan meliputi Sarawak sahaja.

“Itu bermakna anda perlu menggunakan harta dan dana kerajaan. Jadi ini belum dilakukan,” katanya sambil menambah ia adalah satu kegagalan besar di pihak kerajaan untuk melaksanakan janji-janji MA63 secara berperingkat.

Berhubung pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak, Wan Junaidi, Yang Dipertua Dewan Negara, berkata jumlah itu mungkin mencecah berbilion-bilion sekarang.

“Kami telah kehilangan berbilion-bilion sejak 1969,” katanya.

Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan menetapkan peruntukan yang munasabah diberikan kepada Sarawak dan Sabah. Ia tertakluk kepada semakan setiap lima tahun sekali.

Beliau berkata semasa menjadi Menteri Undang-undang, RM186 juta ditawarkan kepada Sabah.

“Saya masih ingat ada orang kata Sabah setuju, tetapi bagi Sarawak, kita nak tahu formula bagaimana jumlah itu diperolehi,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim “bermurah hati” menawarkan RM300 juta kepada Sarawak.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah itu tidak disemak sekurang-kurangnya lapan kali.

“Sekarang, ia boleh menjadi kira-kira satu bilion setahun. Jika ya, itu adalah wang yang banyak,” katanya.

BERI SABAH DAN SARAWAK KEBEBASAN DAN AUTONOMI DALAM BIDANG KESIHATAN DAN PENDIDIKAN 

Sementara itu, katanya lagi Sabah dan Sarawak perlu diberi kebebasan dan autonomi dalam bidang kesihatan dan pendidikan,

Wan Junaidi yang juga Speaker Dewan Negara iberkata menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri bagi dua sektor itu antara perkara yang mudah untuk dilaksanakan terlebih dahulu oleh kerajaan, berbanding kandungan lain dalam MA63

“Kerajaan melihat apa yang boleh diberi, beri dulu. Saya yakin pendirian Sabah dan Sarawak sama. Apa boleh beri, beri dulu. Kebebasan pendidikan dan kesihatan. Ini diserahkan kuasa sahaja.

“Britain dan Scotland dah buat, kenapa kita perlahan sangat? Benda ini sekadar bersurat sahaja. Tujuan mudah. Jangan risau akan kebertanggungjawaban duit diluluskan Parlimen.

“Kita boleh buat supaya peruntukan pembangunan untuk pendidikan, kesihatan Sabah dan Sarawak diagih banyak ini dan diserah kepada Sabah dan Sarawak untuk mentadbir,” katanya lagi. 

RELATED ARTICLES
Utama

Keputusan peperiksaan Rafida cemerlang, layak mohon BKNS – Azrul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular