HomeSukanPiala Malaysia : Banyak peluang namun gagal disempurnakan - Kim Swee

Piala Malaysia : Banyak peluang namun gagal disempurnakan – Kim Swee

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC gagal menyempurnakan banyak peluang untuk mengatasi Perak FC pada aksi perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Likas malam tadi apabila kedua-dua pasukan terikat keputusan seri 2-2.

Perkara itu dinyatakan Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee dalam sidang media selepas tamat perlawanan di sini semalam.

Katanya, Perak berjaya melaksanakan pelan permainan mereka dengan sekurang-kurangnya melakar gol penyamaan untuk dibawa balik sebagai sandaran berdepan perlawanan kedua.

“Kita mencipta banyak peluang tapi tidak dapat disempurnakan dan kita tahu pasukan Perak datang dengan ‘game plan’ untuk membawa balik sekurang-kurangnya satu mata dan mereka berjaya.

“Namun kita masih lagi ada satu perlawanan timbal balik di Ipoh di mana di situ saya percaya permainan yang berbeza,” katanya.

Keputusan perlawanan malam tadi menyaksikan Sabah dan Perak terikat dengan kedudukan agregat 2-2, sekali gus menyebabkan Sabah gagal mendapatkan bekalan selesa untuk berdepan perlawanan kedua nanti.

Perak berjaya menyamakan kedudukan menerusi Luciano Guaycochea pada minit ke-10 dan Wan Zack Haikal pada minit ke-54 selepas Sabah mendahului pada minit keempat menerusi Darren Lok dan Ramon Machado pada minit ke-45.

Dalam pada itu, Kim Swee menolak kemungkinan keputusan malam tadi mengganggu momentum pasukannya dalam aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang bermula 21 September ini.

“Perlawanan Piala AFC berbeza, ini bukan liga ataupun Piala Malaysia di mana kita bermain dalam intensiti yang berlainan.

“Saya percaya apa yang kita lakukan pada malam ini dapat membantu untuk saya mengenal pasti kelemahan kita sebelum bermain dengan pasukan Hougang pada 21 September ini,” katanya.

Sabah FC bakal bertemu Hougang United dari Singapura dalam perlawanan pertama Piala AFC di Stadium Likas, sebelum kembali ke aksi suku akhir kedua Piala Malaysia bertemu Perak pada 25 September nanti. – FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Boys United juarai Kejohanan Futsal Terbuka Wakaf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular