KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag diberi taklimat khas Program “Magical Train Ride” dengan “Toh Puan” dan sambutan 40 Tahun Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Isnin.
Juliah merupakan penaung Puspanita Cawangan Sabah.
Taklimat diberikan oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Datin Seri Dr. Hajah Nuinda Alias dan jawatankuasanya.
Program “Magical Train Ride” bersama isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni akan diadakan pada 26 September 2023 dari stesen keretapi Tanjung Aru ke Beaufort dan kembali ke Papar.
Sementara Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Sambutan 40 Tahun (Ruby Puspa Night) Puspanita Cawangan Sabah akan dirasmikan oleh Juliah pada 24 September 2023 di Magellan Sutera, Kota Kinabalu.
Ruby Puspa Night akan dihadiri oleh ahli-ahli Puspanita seluruh Sabah.