HomeUtamaDua beradik kanak-kanak rentung dalam kebakaran rumah

Dua beradik kanak-kanak rentung dalam kebakaran rumah

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Dua beradik kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran memusnahkan enam buah rumah di Kampung Pulutan, Menggatal tengah hari tadi (21 Sept).

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 1.13 petang tadi di lokasi berkenaan.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama anggota BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, mendapati kebakaran memusnahkan 100 peratus enam buah rumah jenis tidak kekal.

“Terdapat dua orang mangsa kanak-kanak rentung dalam kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut maklumat yang diperolehi, dua kanak-kanak lelaki yang rentung itu merupakan adik beradik dikenali sebagai Jackron Jabri berusia enam tahun manakala adiknya Jayraiyen Jabri, lima tahun. Kedua-dua mayat mangsa ditemui berhampiran ruang tamu.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa dtinggalkan sendirian di rumah ketika ibu mereka keluar bekerja manakala bapa mereka keluar menghantar anak saudaranya ke hospital untuk temujanji pemeriksaan kesihatan.

“Sementara adik beradik mangsa yang lain pergi ke sekolah, Jackron sebelum kejadian baru balik dari pra sekolah manakala adiknya Jayraiyen memang ditinggalkan sendirian di rumah,” kata kenyataan itu.

Seterusnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi terkawal pada jam 2.53 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.25 petang setelah memastikan tiada lagi bahaya lain dan bara-bara api yang tinggal.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular