HomeIsu tempatanKembara Merdeka 2023 semarak semangat patriotik, nilai kecintaan kepada negara

Kembara Merdeka 2023 semarak semangat patriotik, nilai kecintaan kepada negara

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu: Dalam usaha untuk terus menyemai dan menyuburkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama-sama komuniti pustakawan di negeri Sabah telah menjayakan Program Kembara Merdeka 2023 baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan UMS, Perpustakaan Negeri Sabah, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd Fuad Stephens, Yayasan Sabah serta Kelab Pemilik Basikal Retro Membakut (KROM).

Program tahunan itu antara lain bertujuan untuk meyemarakkan semangat patriotik dan nilai kecintaan kepada bangsa dan negara, selain menjadi medan meningkatkan jalinan ukhuwah dikalangan pustakawan dan warga perpustakaan sekitar Kota Kinabalu dengan bekerjasama menggembleng tenaga menjayakan program tersebut.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Kembara Merdeka itu sudah menjadi acara tahunan anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia kumpulan Sabah dan pada tahun ini diadakan di Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Membakut.

“Pihak kami akan sentiasa bersedia untuk menyokong program-program yang berkaitan, dengan harapan program seumpama ini membawa harapan yang besar untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

“Ia bukan hanya merayakan sejarah kita, tetapi juga menggalakkan kesedaran akan kepentingan ilmu dan pengetahuan dalam pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks perasmian yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, George Yih Ching Yaw.

Arifin berkata, melalui penganjuran program tersebut, masyarakat dapat bersatu dalam semangat persatuan dan keharmonian yang telah menjadi ciri utama Malaysia khususnya di Sabah.

“Melalui program ini juga, masyarakat dapat menghayati kembali perjuangan yang telah membawa kita kepada kemerdekaan dan mengapresiasi kesepakatan antara kaum yang membentuk negeri dan negara kita yang unik,” katanya.

Program Kembara Merdeka 2023 bermula di Stesen Keretapi Tanjung Aru sehingga ke Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Membakut yang diadakan bersempena dengan Hari Malaysia.

Untuk rekod, seramai 120 orang yang terdiri daripada peserta dan jemputan telah menghadiri majlis perasmian program tersebut.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kecil Membakut, Ibrahim Terki dan Ketua Pustakawan UMS, Md Sazali Md Salleh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular