HomeUtamaUCSF anjur Kursus Pertanian Lestari dan Kompos di Kiulu

UCSF anjur Kursus Pertanian Lestari dan Kompos di Kiulu

Read Time:1 Minute, 30 Second

KIULU: Seramai 14 belia dan beliawanis dari lima buah kampung telah menyertai Kursus Pertanian Lestari dan Kompos selama lima hari di Kampung Linggi, di sini, baru-baru ini.

Kursus itu dianjurkan oleh University College Sabah Foundation (UCSF) adalah sebahagian daripada latihan di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN).

Kursus yang bermula daripada 18 sehingga 22 September 2023 disertai oleh peserta dari Kampung Lingga, Kampung Monseet, Kampung Tulung, Kampung Sinorut dan Kampung Dumpiring.

Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris yang menghadiri majlis penutupan kursus itu, menyampaikan sijil tamat kursus kepada para peserta.

Turut hadir ialah Pegawai Teaching and Learning Factory (TLF) UCSF, Puan Nurul Fatihah.

Dr Rafiq Idris menegaskan bahawa UCSF sentiasa komited dalam menganjurkan program berimpak tinggi di bawah PKAN.

“Program yang memberi manfaat kepada komuniti di Sabah akan terus dianjurkan di tempat-tempat lain negeri ini”, katanya.

Sementara itu Nurul salah seorang peserta kursus, berharap kursus jangka pendek ini dapat diperluaskan ke seluruh daerah di Sabah tahun hadapan agar dapat memberi manfaat kepada komuniti B40, sekaligus mengenali UCSF dengan lebih dekat.

Manakala seorang lagi peserta kursus, Nicholas Donius, program ini sangat bermanfaat kerana banyak perkara baru dapat dipelajari dan mudah dipraktikkan.

Bagi Roselyn Morelin pula, beliau tidak akan membuang sisa makanan begitu saja kerana ianya boleh dikomposkan menjadi baja untuk kegunaan pertanian.

Dengan adanya baja kompos itu, beliau juga akan menanam lebih banyak sayuran untuk menjana pendapatan.

Beberapa peserta lain yang turut berkongsi pengalaman menghadiri kursus tersebut berpandangan bahawa pertanian kompos ini sangat mudah dibuat menggunakan sisa makanan dari rumah.

Mereka juga menyatakan tidak akan membuang sisa makanan lagi, sebaliknya boleh membuat kompos sebagai baja kepada tanaman mereka kelak.

“Dengan hasil yang diperolehi kelak akan digunakan untuk membantu keluarga, dan berharap kursus lanjutan dapat diadakan pada masa akan datang. Terima kasih kepada UCSF yang menganjurkan program PKAN,” kata mereka.

RELATED ARTICLES
Utama

156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular