HomeSukanSabah bakal menjadi tuan rumah Piala Triatlon Asia

Sabah bakal menjadi tuan rumah Piala Triatlon Asia

Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu : Sabah bakal menjadi tuan rumah penganjuran Piala Triatlon Asia yang akan berlangsung di Taman Prince Philip di sini pada 11 November depan selepas kali terakhir dianjurkan di negeri ini 22 tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, pihaknya turut teruja dengan penganjuran sukan bertaraf Asia itu di negeri ini yang membuktikan rantau ini khususnya Sabah terkenal dengan dunia triathlon dan pelancongan sukan.

“Dengan landskap semula jadi yang menakjubkan dan layanan mesra rakyat di negeri ini, Sabah sudah tentu bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada penganjuran sukan ini.

“Ia bukan sahaja menyerlahkan keunggulan rantau ini yang semakin meningkat dalam bidang pelancongan sukan malah turut mempamerkan keupayaan bandar untuk menganjurkan acara sukan antarabangsa sebesar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini petang tadi.

Christina berkata, Piala Triatlon Asia dijangka dapat menarik minat atlet dari seluruh Asia dan seterusnya menawarkan pengalaman pertandingan yang mencabar serta menggembirakan.

Katanya, acara itu juga dapat mengukuhkan lagi reputasi bandaraya Kota Kinabalu sebagai destinasi sukan utama yang terkenal dengan keindahan pemandangan dan kecemerlangan sukan.

“Kali terakhir Sabah menjadi tuan rumah kepada Piala Triatlon Asia ialah semasa Kejohanan Triatlon Asia Konfederasi Triatlon Asia (ASTC) pada 2001.

“Kembalinya penganjuran ini di Sabah sudah tentu tidak dapat dilupakan dan ini menandakan komitmen berterusan Sabah terhadap sukan triatlon dan kedudukannya sebagai destinasi sukan utama di rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Triatlon Malaysia Tony Tan Beng Hong berkata, pihaknya turut yakin dengan pelantikan XMultisport Event untuk menganjurkan Piala Triatlon Asia.

“Apa yang menjadikan acara ini lebih istimewa ialah hubungan lancar antara Cabaran KKCity XMultisport dan Piala Triatlon Asia. Setiap peserta dalam Triatlon KKCity XMultisport Challenge akan mara secara automatik ke Piala Triatlon Asia dan ini mewujudkan lagi jambatan yang menarik antara komuniti triatlon tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Pendaftaran untuk semua perlumbaan akan dibuka sehingga 16 Oktober 2023 (Isnin).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara tersebut, termasuk butiran pendaftaran dan maklumat komprehensif tentang setiap kategori sukan, sila lawati WWW.XMULTISPORT.COM

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular