HomeIsu tempatanFGD 2023 tingkat kefahaman pelajar

FGD 2023 tingkat kefahaman pelajar

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Program Focus Group Dialogue (FGD) 2023 yang berlangsung di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) semalam memberi tumpuan kepada sesi dialog bersama pihak industri di sekitar Kota Kinabalu.

Pelaksanaan program itu juga selaras dengan tiga sektor utama fokus pertumbuhan ekonomi Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu pertanian, pembuatan dan pelancongan.

Program yang disertai 300 pelajar itu telah berjaya memberi impak keuntungan jangka panjang kepada industri dan PKK terutamanya dalam membangunkan sumber tenaga kerja separa mahir, berpengetahuan dan kompetitif dalam pasaran kerja.

Pengarah PKK, Dullah Muluk berkata, program itu merupakan langkah yang positif ke arah memperkasakan penyampaian TVET di PKK dalam usaha mewujudkan ekosistem yang seimbang antara pihak industri dan institusi. 

Ucaptama disampaikan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat SMJ, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai. 

Manakala panel adalah Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn. Bhd., Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Tourism Board, Noredah Othman dan Pengerusi Federation of Malaysia Manufacturers (FFM) Cawangan negeri Sabah, Ha Haw Yew @ James

Program sehari itu bertemakan Peluang dan Cabaran bidang TVET dalam Sektor Industri Pertanian, Pembuatan dan Pelancongan di Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular