HomeIsu tempatan'Visit Kampungku' platform pengusaha inap desa, ejen sambut ketibaan pelancong

‘Visit Kampungku’ platform pengusaha inap desa, ejen sambut ketibaan pelancong

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan program ‘Visit Kampungku’ di tiga buah inap desa sekitar ibu negeri mampu menjadi platfrom kepada padanan perniagaan antara pengusaha inap desa dengan ejen pengembaraan.

Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Fauziahton Ag Samad berkata, program itu juga mampu meningkatkan keupayaan pengusaha bagi menyambut ketibaan pelancong selain menaiktaraf ekonomi mereka.

“Antara objektif program ini adalah untuk mempromosikan inap desa dibawah bimbingan DBKK yang berada di kawasan bandaraya Kota Kinabalu selain turut memperkenalkan produk-produk inap desa yang terlibat.

“Sudah pasti harapan kami selepas ini agar kita dapat memperkenalkan lagi produk inap desa selain dapat menerima lebih ramai kunjungan pelancongan dalam dan luar negara melalui promosi yang diperkenalkan oleh agensi pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Visit Kampungku’ di Homestay Darau Wetland di sini baru-baru ini.

Program selama dua hari bermula 23 September lalu itu diadakan di beberapa inap desa berasaskan komuniti di kawasan sub urban bawah bimbingan DBKK yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).

Antara inap desa yang dikunjungi adalah Homestay Desa Cinta Kobuni di Inanam, Homestay Id Kalangadan dan Homestay Darau Wetland di Manggatal.

Program yang disertai seramai 30 peserta itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti antaranya, persembahan tarian adat dan muzik tradisional negeri Sabah, taklimat pengenalan oleh penyelaras inap desa, mansau-mansau atau lawatan ke kawasan kampung di Homestay Desa Cinta Kobuni, aktiviti ‘farming’, manggang/BBQ dan acara unggun api,

Turut diadakan ‘stargazing’ dan aktiviti outdoor/sukan tradisional di Homestay Id Kalangadan, persembahan demo acara adat seperti majlis perkahwinan Bajau Samah, berbasikal keliling kampung, melawat artifak bersejarah dan rumah tradisi, berkayak, Sunset River Cruise di Homestay Darau Wetland dan pelbagai aktiviti lain.- SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular