HomeUtamaSabah sebagai destinasi utama pelancongan pendidikan sukan berorientasikan keluarga - STB

Sabah sebagai destinasi utama pelancongan pendidikan sukan berorientasikan keluarga – STB

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) komited memupuk industri pelancongan sukan di Sabah untuk menjadikan negeri ini destinasi ideal pelancongan pendidikan sukan berorientasikan keluarga.

Contoh utama komitmen ini ialah Piala Bola Sepak Borneo Malaysia 2023 yang sedang berlangsung, di mana 30 pasukan junior dari Australia, Filipina, Indonesia dan Semenanjung Malaysia telah berganding bahu dengan 20 pasukan Sabah untuk mengambil bahagian.

Sehubungan dengan itu, STB telah menganjurkan majlis makan malam mengalu-alukan peserta kejohanan dan keluarga mereka pada Rabu.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai; Pengarah kejohanan Piala Borneo Scott Ollerenshow; Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC Marzuki Nasir; dan personaliti bola sepak Australia Andrew Paschalidis dan Alan Davidson.

Joniston dalam ucapannya pada majlis makan malam itu menegaskan bahawa Lembaga Pelancongan Sabah mengiktiraf potensi Piala Bola Sepak Borneo untuk menarik pemain bola sepak yang berpotensi tinggi dan keluarga mereka ke Sabah.

“Piala Borneo telah menjadi tradisi yang dinanti sejak 2008, dan kami sangat teruja untuk melihatnya kembali dalam kalendar tahunan sekarang memandangkan cabaran COVID sudah lama berlalu.

“Mengimbas kembali, kami telah mendapat penghormatan untuk menjadi tuan rumah pasukan dari Hong Kong, Thailand, Korea Selatan dan Jepun pada tahun-tahun sebelumnya, dan kami sangat teruja sekali,” katanya.

Selain itu, Joniston turut menyampaikan sokongan tidak berbelah bahagi Lembaga Pelancongan Sabah terhadap pengumuman yang dibuat oleh Ollerenshow berhubung rancangan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Wanita pada masa hadapan.

Beliau berkata perkembangan ini adalah sangat hebat, kerana ia menggariskan dedikasi Sabah untuk menarik penonton lebih luas dalam sukan dan menambah kekayaan portfolio pelancongannya.

“Sabah sangat teruja untuk menerima kejohanan sukan terulung antarabangsa seperti itu. Ia sejajar dengan visi kami untuk mempromosikan pelancongan sukan dan menarik keluarga yang mencari gabungan unik pendidikan sukan dan beriadah.

“Kejohanan ini adalah mercu tanda untuk pemain bola sepak yang berpotensi tinggi, menawarkan platform untuk mengasah kemahiran dan memupuk semangat kesukanan.

“Ia telah menjadi saluran untuk bukan sahaja bakat baru tetapi juga keluarga mereka, yang boleh merasai keindahan budaya dan alam semula jadi yang pelbagai yang ditawarkan Sabah,” kata Joniston.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular