HomeUtamaSukarti, Rosnani diumum penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul

Sukarti, Rosnani diumum penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul

Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kategori lelaki sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1445H/2023.

Sambutan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Selain itu, bekas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rosnani Mudin turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kategori wanita dan kedua-dua anugerah disampaikan Tun Juhar.

Hadir sama pada sambutan itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Anugerah diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu yang layak atas sumbangan yang cukup bermakna dalam pembangunan ummah dan negeri Sabah khususnya.

Terdahulu, sambutan yang diadakan itu adalah bagi menyemai dan menyuburkan rasa cinta terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan menjadikan Baginda sebagai suri teladan utama dalam kehidupan. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular