HomeIsu tempatan11 PBT terima lori, tingkat produktiviti kerja pembersihan

11 PBT terima lori, tingkat produktiviti kerja pembersihan

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 18 buah lori baharu diserahkan kepada 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi meningkatkan lagi produktiviti kerja-kerja pembersihan di kawasan masing-masing.

Antara PBT yang menerima ialah Majlis Daerah Lahad Datu, Majlis Daerah Keningau, Majlis Daerah Ranau, Majlis Daerah Kuala Penyu, Majlis Daerah Sipitang, Majlis Daerah Beluran, Majlis Daerah Telupid, Majlis Daerah Papar, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Beaufort dan Majlis Daerah Kota Marudu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, lori-lori yang disediakan ini adalah bagi meningkatkan lagi produktiviti dalam kerja-kerja pembersihan khususnya bagi mengangkut sampah dari kawasan kediaman hingga ke tempat pelupusan sampah.

Katanya, pemilihan PBT itu adalah berdasarkan kepada PBT yang memerlukan lori dalam keadaan mendesak berikutan ada diantara lori berkenaan sudah rosak dan tidak lagi boleh digunakan.

“Saya mewakili Kementerian mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan (MoF) dan berharap dapat menambah lagi peruntukan dalam agihan pemberian peruntukan di tahun hadapan, 2024.

“Dengan adanya peruntukan yang mencukupi, maka pembelian kenderaan seperti lori ini boleh ditambah lagi bagi diedarkan ke PBT yang lain berdasarkan permintaan PBT yang meningkat,” katanya.

Secara keseluruhannya, program itu adalah seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mana Kerajaan akan memastikan kesejahteraan rakyat dengan penyediaan kemudahan seperti lori dan lain-lain.

Dr. Joachim berkata, penyediaan lori-lori kepada PBT ini adalah sejajar dengan  Pelan Strategik 2021-2025, iaitu meningkatkan kemudahan logistik di semua PBT Sabah.

“Justeru, pihak Kementerian melalui Sektor Pembangunan: Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal akan beterusan untuk membantu PBT-PBT di seluruh negeri Sabah,” katanya.

Dr. Joachim juga berharap semua Pegawai Eksekutif (PE) terbabit dapat memastikan lori yang disediakan ini digunakan sepenuhnya dengan efisien dan efektif bagi memberi manfaat penduduk setempat di daerah masing-masing.

“PE terlibat memastikan lori-lori dijaga dengan baik supaya jangka hayat lori dapat bertahan dengan lebih lama,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular