HomeSukan114 peserta sertai Sabah MTB Enduro Race 2023

114 peserta sertai Sabah MTB Enduro Race 2023

Read Time:1 Minute, 20 Second

Ranau : Seramai 114 peserta termasuk dari Singapura dan Brunei menyertai ‘Sabah Mountain Bike (MTB) Enduro Race’ 2023 yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.

Kejohanan yang diadakan di Kampung Kilimu di sini itu dirasmikan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng.

Flovia ketika berucap berkata, sukan berbasikal lasak merupakan satu sukan yang sangat mencabar namun ianya terus mendapat sambutan peminat khususnya pengayuh basikal.

“Ramai yang pandai berbasikal dan ramai juga minat bermain basikal, namun tidak semuanya mempunyai minat yang sama dalam sukan berbasikal lasak.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program seperti ini dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta kerana berani menyahut cabaran dalam melibatkan diri mengikuti pertandingan sukan basikal lasak ini.

“Ini bukanlah sesuatu keputusan yang mudah tetapi saya percaya, kerana minat anda, anda berani mencabar kebolehan diri anda. syabas dan tahniah,” katanya.

Flovia turut menaruh keyakinan dan percaya bahawa keterlibatan para peserta telah membantu pihak penganjur untuk mencapai objektif dalam penganjuran sukan ini

Beliau turut berharap agar penganjuran sukan seperti itu tidak akan berakhir dimana penganjuran sukan seperti itu bukan sahaja dapat memberi peluang kepada peminat sukan lasak, tapi juga dapat mengasah bakat mereka dengan lebih dalam lagi.

“Selain daripada itu, memandangkan Kilimu Adventure Park adalah pusat rekreasi lasak di kawasan kampung Kilimu Ranau ini, maka sukan berbasikal lasak ini dapat membantu kawasan ini untuk menaikan profile ‘Kilimu Adventure Park’ dan dapat membantu memberi impak positif kepada peniaga-peniaga kecil yang ada di sekitar kawasan ini selain daripada dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat dan juga masyarakat daripada luar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Boys United juarai Kejohanan Futsal Terbuka Wakaf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular