HomeIsu tempatanSabah catat 1,929 penghidap Talasemia

Sabah catat 1,929 penghidap Talasemia

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sabah mencatat seramai 1,929 penghidap talasemia dalam lingkungan usia di bawah satu hingga 47 tahun.

Presiden Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim berkata, jumlah berkenaan menjadikan Sabah negeri yang mempunyai penghidap talasemia paling ramai di Malaysia.

“Penghidap talasemia ini amat memerlukan darah dan ramai di antara mereka kini sedang menunggu bekalan darah di hospital agar mencukupi.

“Kurangnya kesedaran merupakan antara punca orang awam takut untuk tampil menderma seterusnya menyebabkan bekalan darah di tabung darah semakin menyusut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Kempen Derma Darah dan Kesedaran Talasemia Sempena Pesta Tanglung 2023 di sini, semalam.

Francis berkata, sehubungan itu, pihaknya ingin menyeru kepada semua terutamanya golongan belia untuk menyokong program seperti itu agar bekalan darah dapat ditambah dan disalurkan kepada penghidap talasemia major dan yang memerlukan.

Beliau berharap lebih banyak program dan kempen derma darah akan diadakan agar dapat menambahkan bekalan darah sekaligus memberikan harapan baharu kepada penghidap talasemia.

Program anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Melati Sabah (MELATI) dan Persatuan Talasemia Sabah itu dirasmikan oleh Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kepayan, Datuk Dr. Stephen Jimbangan.

Selain kempen derma darah, turut diadakan sesi ceramah mengenai penyakit talasemia major, saringan kesihatan percuma dan demonstrasi Resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Hadir sama, Presiden MELATI, Linda Dunstan, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kepayan, Salis Dingon dan Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah, Alix Sunggin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Dua pensyarah UMS terima pengiktirafan sebagai Felo IKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular