HomeIsu tempatan11 institusi kebajikan terima sumbangan kewangan

11 institusi kebajikan terima sumbangan kewangan

Read Time:1 Minute, 32 Second

Sandakan :   Sebanyak 11 buah institusi kebajikan di daerah ini masing-masing menerima sumbangan kewangan bernilai RM1,000 daripada Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-70 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Sumbangan itu disampaikan Tun Juhar  dan turut diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri  Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk.

Turut mengiringi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri dalam Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-kanak Istimewa dan Anak Yatim di sini, semalam.

Antara penerima bantuan terdiri daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Indah Jaya, PPDK Gum Gum, PPDK Sinar Wawasan Kinabatangan dan Pusat Jagaan dan Latihan Kemahiran Bagi Orang Buta Sabah Kompleks Penyayang Taman Cahaya Sandakan.

Turut menerima sumbangan, Program Pendidikan Khas dan Integrasi (PPKI) SMK Muhibbah, Program Pendidikan Khas SK Muhibbah, Program Pendidikan Khas SK Bukit Garam Kinabatangan, Persatuan Orang Pekak Sandakan, Sabah Cheshire Home and Services Sandakan, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/ Miskin  Al-Yakin Sandakan dan Pusat Jagaan Rumah Amal Selawat Nabi Sandakan.

Selain itu, Tun Juhar juga menyampaikan sumbangan RM10,000 masing-masing kepada lima buah sekolah terpilih di Sabah daripada  Konsul Republik China di Kota Kinabalu, Huang Shifang dan Yayasan Nur Jauhar bagi menyediakan kelengkapan pusat sumber sekolah iaitu  SK Magandai Kota Marudu, SK Bawang Beluran, SK Pekan Pensiangan, SK Gusi Ranau dan SJK (C) Sin Boon Sindumin.

Pada majlis tersebut, seramai 140 kanak-kanak termasuk pengiring dirai dan dihiburkan oleh beberapa persembahan oleh para pelajar sekolah rendah serta kanak-kanak kurang upaya, sambil menerima buah tangan yang disampaikan oleh Toh Puan Norlidah dan diiringi isteri Timbalan Ketua Menteri Datin Seri Linda Ewit serta Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah Datuk Dr, Nuinda Alias.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Aura Ustaz Abdul Somad tarik perhatian 10,000 umat Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular