HomeUtamaSandakan sukar maju dengan kadar cukai pintu tahun 1994 - Dr Joachim

Sandakan sukar maju dengan kadar cukai pintu tahun 1994 – Dr Joachim

Read Time:1 Minute, 49 Second

SANDAKAN: Kadar cukai pintu Sandakan yang telah berusia 30 tahun perlu disemak semula supaya selaras dengan keperluan semasa penduduk daerah ini dari segi pembangunan dan perkhidmatan, kata Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, kali terakhir kadar cukai pintu daerah ini disemak semula ialah pada tahun 1994, iaitu 30 tahun lalu, jadi sudah tiba masanya untuk kadar cukai tersebut disemak semula.

“Kalau tidak disemak semula atau dinaikkan kadar cukai pintu ini, Sandakan tidak akan maju. Sekiranya kita mahu perkhidmatan Majlis Perbandaran Sandakan dipertingkatkan maka kita perlukan kewangan.

“Pendapatan diperoleh daripada kutipan cukai pintu ini juga akan digunakan untuk membiayai pembangunan di Sandakan,” katanya pada Majlis Rayuan Penangguhan dan Kaji Semula Pelaksanaan Kutipan Kenaikan Cukai Pintu 2024 Daerah Sandakan yang diadakan di Restoran Kenalanmu di sini hari ini dengan kerjasama Parti Bersatu Bersatu (PBS) Karamunting yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya, David Fong.

Sesi dialog yang diadakan itu turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr. Jamili Nais; Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Ketua-ketua Pergerakan Wanita PBS Zon Lima mewakili sembilan bahagian iaitu Karamunting, Sekong, Tanjung Papat, Elopura, Gum-Gum, Sg. Sibuga, Sg. Manila, Lamag dan Sukau; wakil- wakil daripada Persatuan Peniaga Tiong Hua Sandakan, Persatuan Gabungan Persatuan Kaum Cina Sandakan dan Persatuan Gabungan Sekolah Cina Sandakan.

Dalam majlis itu, Dr. Joachim telah menerima memorandum rayuan/ bantahan daripada persatuan- persatuan itu.

Kelmarin, Dr. Joachim telah membuat pertemuan dengan Presiden MPS, Henry Idol yang telah memaklumkan status perkembangan Kadar Cukai Pintu Sandakan.

Semasa perjumpaan itu Henry juga menyerahkan memorandum bantahan daripada Persatuan Peniaga Tionghua Sandakan dan parti pembangkang untuk dipertimbangkan semasa menentukan kadar cukai MPS yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Henry turut memaklumkan bahawa pada ketika ini semua bantahan yang diterima dalam tempoh bantahan akan didengar dalam Tribunal Rayuan Cukai, sebelum dibincang dalam Jawatankuasa Kewangan dan dinyatakan dalam Mesyuarat Penuh Majlis. Selepas proses ini selesai, ia seterusnya akan dikemukakan kepada KKTP untuk keputusan akhir.

Dr. Joachim berkata, surat-surat rayuan itu akan diambil kira oleh Kementerian.

“Setakat ini, rayuan ini masih di peringkat MPS. Kita tunggu sehingga pihak tribunal selesai menerima dan menilai semua bantahan serta semua proses seterusnya telah dipenuhi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular