HomeUtamaWanita GRS sokong had tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah dua penggal

Wanita GRS sokong had tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah dua penggal

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, di atas atas pencapaian tiga tahun sebagai Ketua Menteri Sabah.

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata Wanita GRS bersetuju dengan had tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal selepas Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Wanita GRS berpandangan bahawa dalam tiga tahun ini prestasi Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri begitu cemerlang dan meyakinkan. Pelbagai projek pembangunan telah diadakan dan sedang dirancang untuk rakyat Sabah”, katanya.

Katanya, beberapa bulan lalu, Hajiji telah mengadakan majlis pecah tanah di tapak projek di Kogopon LRA, Papar untuk meningkatkan kapasiti air daripada 40MLD kepada 80MLD dan akan disiapkan pada 2026, yang juga bermakna isu bekalan air di Putatan dan Papar akan selesai dalam dua hingga tiga tahun.

Selain bagi menangani isu air di daerah lain, sebuah empangan hidroelektrik bernilai RM4 bilion sedang dibina di Ulu Padas, Tenom, sebagai penyelesaian jangka panjang. Malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan projek itu dan empangan itu akan siap pada 2027.

Wanita GRS percaya lebih banyak pembangunan akan dibawa oleh Hajiji sebagai menjadi Ketua Menteri Sabah.

Mengenai cadangan untuk menaikkan martabat Pembantu Menteri dengan menamakan mereka sebagai Timbalan Menteri dan menambah bilangan kementerian sebanyak tiga kepada 14, Wanita GRS berpandangan sudah tiba masanya nama jawatan itu dimartabatkan, selain menambah kementerian yang baharu melihat keadaan di Semenanjung ada Kementerian Pendidikan, Wanita dan Kesihatan.

Wanita GRS mencadangkan agar salah satu Kementerian baharu nanti ialah Kementerian Hal-ehwal dan Pembangunan Wanita.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular