HomeIsu tempatanJKKK digesa jaga hubungan baik dengan penduduk kampung

JKKK digesa jaga hubungan baik dengan penduduk kampung

Read Time:59 Second

Tamparuli : Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan amanah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, hubungan rapat JKKK dengan penduduk kampung di kawasan masing-masing juga perlu bagi memastikan apa sahaja perkara yang dirancang dapat dilaksanakan.

“Sering kita ingatkan bahawa JKKK merupakan tulang belakang dan tunjang utama di peringkat kampung, yang menjadi mata dan telinga kerajaan.

“JKKK juga berperanan mendengar permasalahan penduduk di bawah seliaan mereka dan seterusnya melaporkannya kepada pihak yang berkaitan bagi mencari langkah menyelesaikan perkara berbangkit,” katanya.

Beliau berkata dmeikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan JKKK Bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, di Bilik Mesyuarat Bukit Perahu, Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, di sini.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tungginging dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Jahid berkata, semua JKK yang dilantik diharap dapat menjalankan tugasan dengan baik selain menjadi contoh kepada mana-mana JKKK yang lain.

Pada majlis singkat itu, seramai sembilan orang Pengerusi JKKK menerima watikah pelantikan bagi kawasan Mukim Pantai, iaitu Kampung Bukit Giling, Kampung Bakut Muhibah, Kampung Tambulugu, Kampung Lakang, Kampung Tambulaong, Kampung Dansangai, Kampung Kauluan Ulu dan Kampung Nohirot.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

YNJ sampaikan sumbangan kepada 100 asnaf di LD

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular