HomeUtamaMUIS disaran terus tingkat tata kelola pengurusan kewangan

MUIS disaran terus tingkat tata kelola pengurusan kewangan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) disaran untuk meningkatkan lagi tata kelola pengurusan kewangannya.

Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, ia adalah selaras dengan peraturan kewangan mengikut hukum syarak bagi meningkatkan keyakinan pembayar zakat Negeri. 

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada MUIS atas trend peningkatan kutipan zakat tahunan dengan kutipan zakat pada tahun lalu berjumlah RM132.68 juta iaitu meningkat sebanyak 11 peratua berbanding RM119.5 juta pada tahun 2021.  

“Sejumlah RM120.51 juta atau 90.8 peratus daripada jumlah kutipan tahun lalu telah diagihkan kepada penerima zakat dengan penerima terbesar adalah Hak Fakir iaitu berjumlah RM53.55 juta atau  44.4 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan MUIS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 di sini semalam. 

Mesyuarat Penutup tersebut diakhiri dengan penyampaian Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif bagi pihak MUIS dan kerajaan negeri.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) Datuk Sapdin Ibrahim, Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad, Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali serta Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Patimah Ramuji. – SABAH MEDIA/ PEJABAT MENTERI KSTI

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Gagasan Rakyat yakin rampas kerusi DUN Karambunai pada PRN17 – Arshad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular